Aiskrim Sumi

Orang tengah sibuk buat aiskrim sumi..ammi pun taknaklah terlepas jadi katak bawah tempurung.  Buatlah jugak supaya tak outdated sangat.

Gigih buat sambil berdiri kat dapur berdua dengan kakak.  Lenguh pulak kaki ni berdiri lelama.  Malas nak buat kat meja kang ada je tangan-tangan kecik yg sibuk nak mencapai.

Yang paling atas tu kemetot je aiskrimnya.  Tinggal yang balance-balance je.

Jadilah....malam ni kita makan ye anak-anak.  Pagi tadi ingatkan nak bekalkan sikit ke rumah babysitter...boleh budak-budak ni makan ngan kengkawan...tapi terlupalah pulak.

No comments: