Aktiviti Sabtu :: Muzium Tentera Udara ::

Keluar ke KL pagi Sabtu sebab utamanya nak pegi beli exercise book for Kyra.  Dah nak masuk bulan 3 baru abah ngan ammi hegeh-hegeh nak cari buku latihan darjah 2.  

Bukanlah Kyra tak belajar langsung kat rumah...tapi kitorang suruh dia habiskan dulu semua buku-buku darjah 1.  Buku teks aktiviti yang skolah bagi masa darjah 1 dulu tu...cikgu kata tak payah pulangkan and ammi tengok banyak lagi yang belum berbuat.  Jadi why not settlekan dulu apa yang ada then only kita cari yang lain.  Kenapa??? dah masuk darjah 2 dah tak boleh buat kerja darjah 1?

Lepas dah gi beli buku...abah kata jom kita pegi Muzium Tentera Udara.  Ammi seriau gak sebab dahlah mmg keluar tadi tak bawak bekal air ke apa.  Sebab ingatkan keluar kejap je.


Muzium for those yang tak tau...terletak dekat Jalan Lapangan Terbang Sungai Besi.

Laju je jalan tau mereka-mereka ini tinggalkan ammi yang comel ngan Ozil yang cute kat belakang.

Dekat bawah kapal ni..ada tertera nama-nama perajurit yang terkorban sewaktu mengendalikan jentera.  Salah satu nama yang ammi baca tu buat ammi rasa sedih.  Al-Fatihah buat Kapten Hj Nor Azlan Termuzi.  Ammi taklah kenal arwah ni sangat..penah jumpa sekali dua sebab arwah pernah datang singgah ofis...tapi menantu ex-boss ammi (kira kawan ammi jugaklah) berkawan baik dengan arwah ni.  Masa arwah ni meninggal akibat helicopter yang dipandu tu terhempas dekat Genting Sempah..kesianlah tengok kawan ammi ni.  Hampir setiap hari dia pegi lokasi kejadian tunggu misi mencari tu.








Berselfie dengan peluh yang penuh dimuka..  nasib baik kita pakai Ellfie.  Tagline Ellfie ni...ellfie ellfie barulah selfie.  Nampak?? Sesuai tak buk Filla?


Orang lain dah bergerak tengok kapal lain..dia 3-4 kali nak naik kat sini.


Gigih lalu bawah sayap tu..pastu kepala stuck.  Sib baik pandai ejas badan sendiri.  Hahahha




Ammi seronok je datang sini.  Tapi Kyra & Khilfi kata tak seronok sebab panas.  Khilfi kata..lain kali kita pegi tempat yang ada aircond jelah ammi.  
Hambooooiiii.. korang ingat korang asal dari Kutub Utara?

No comments: