Ammi's Home & Handmade

Hari Sabtu masa Abah gi market ammi mintak abah belikan isi ayam lebih sikit.  Ammi rasa cam nak buat sausage sendiri.

Macam bagus je nak buat sendiri...kononnya lebih selamat, terjamin kualitinya bagai.


Isi ayam

Pastu cincang-cincang sampai hancur.  Kalau ada food processor masukkan aje lagi senang.  Ammi cincang pakai parang je..lenguh gaklah.  Nak masuk blender, blade blender ammi macam dah tak berapa tajam je skrg ni.

Bila dah hancur campurkan ajelah apa yang nak diletak.

 Ammi letak bread crumbs sebab nak bagi melekat.
Dah lama dah ammi beli  tapi ammi terlupa.  Nampak perangai ammi?? Bukan aje lupa bila ada terbeli baju...makanan pun ammi lupa gak.



Memula ammi gigih masukkan dalam plastik aiskrim.  Tapi nak masukkan 3 ni pun jenuh.  Hishhhh tak kuasa ammi.

Sudahnya ammi bulatkan je pastu lenyek sikit.  Jadilah nugget.  Sungguh tak sabar ammi ni.



 Yang ni ammi guna roti butterscotch sbb abah kata itu je roti yang ada kat rak kedai.  Ammi gelek sikit roti tu masukkan dalam cupcake punya tray tu..pastu letak daging burger sikit curah telur yang dipukul with pepper & salt.  Letakkan cheese.  Then bakar pada suhu 180C for 10-15minutes.

And soooo..this is our breakfast on Sunday.  Makan sampai habis.

Cara buat nugget/sausage:
Cincang ayam hingga hancur.
Masukkan bawang merah & putih (didadu / diblend)
garam
black pepper
Lain-lain perasa yang nak diletak
(Kalau nak letak carrot ke, daun bawang, daun sup ke, mushroom ke boleh aje...kita yang buat dia).

Pastu kacau biar sebati semua bahan.
Untuk lekatkan tambah tepung jagung / tepung ubi (ammi takde tepung ubi)...letak breadcrumbs pun boleh.
Dah sebati adunan bolehlah bentukkan utk jadi nugget atau masukkan dalam plastik aiskrim.

Kalau sosejkan...lepas masukkan dalam bekas aiskrim tu kita letakkan dalam freezer bagi dia beku.  Pastu bukak plastik and rebus or kukus dulu kejap (Jangan rebus skali ngan plastik).  Pastu nak makan gitu pun boleh.  Nak goreng pun boleh.

No comments: