Gerhana Matahari

Gerhana Matahari berlaku pada 9.3.2016.

Pagi masa gi kerja pun Abah ngan Ammi jadi gayat.  Sibuk dok tengok matahari sampai rasa pening pulak kepala ni.  Abah pakai sunglass pastu abah tindihkan dengan sunglass satu lagi..so abah nampaklah jugak.  Ammi nampaklah keadaan yang dari sangat terang...berubah jadi agak gelap.

Masa kecik-kecik ammi ingat, masa gerhana matahari apek kat kedai runcit tu letak air dalam baldi pastu dia tengok matahari tu dari air tu je.  Pastu apek tu pun sibuk ajak kita yang gi kedai tu tengok sekali.  Apek tu kata, "jangan tengok matahari terus, nanti mata buta".

Dekat Little Caliphs pun teacher buat aktiviti sempena berlakunya gerhana matahari ni.  Budak-budak solat sunat.  Alhamdulillah.

Gambar gerhana yang ammi snap dari dalam kereta.  Nampak betapa indahnya cermin kereta kita??? Gerhana tak nampak pun huhuhu.



Khilfi yang duduk sebelah budak baju biru.  Kusyuk sangat anak ammi ni.



Hahhahah...kelakar tengok budak sorang ni punya kopiah.  Kamu dah kenapa nak pakai kopiah camtu??

No comments: