Mini Get Together

Dah dekat setahun tak jumpa all these makciks.  So we decided to meet up last Saturday (12/3/2016).

Plan untuk buat hi-tea je and tempatnya adalah Seremban.  Kata group Anjung Perpatih...jadilah venue beramas mesra haruslah dinegeri sendiri.

Last year kitorang melepak kat satu homestay kat Nilai.  Kak Noor yang sponsor.  Kitorang datang bawak perut and potluck sorang sikit je.

This year kita minum2 di coffee house hotel.  Palm Seremban Hotel.  Yang hadir as usual..memang muka yang sama setiap kali.  Tapi tulah...masing-masing ada hal.  Kita hanya merancang Allah yang menentukan.  Satu lagi muka yang slalu ada tak dapat hadir sebab demam...semoga ko cepat sembuh Acik Olie.

Acik Noor, Aunty Nisyra and Aunty Lieza. (Apsal acik noor tu tak jadi aunty noor?? sobab tak sodap bunyik eh bilo nyobut.  sodap sobut acik yo)...hohohoho...matilah ammi kena carut ngan acik noor ni nanti.

Muka memasing masa diambil gambar kandid serius.  Dorang kata macam muka kena tazkirah.
Ada yang kata macam muka mak-mak tengah buat food tasting untuk majis kawin anak.  Hohohohho..

 Ko nampak pin tudung ammi tu?  Pin tu dah cederakan pipi acik Noor.  Hampunnnn

Kita buat exchange gift...masa cabut undi tu boleh tak ammi terambik nama aunty Lieza...aunty Lieza terambik nama ammi.

Joyah sangat mulut ammi tu.


Acik Noor lah sibuk nak amik gambar kat sini.  Dia kato..tak ponah den jumpo boghuk pakai baju.


Aunty Liea and Aunty Lieza.

Berapa tahun ntah ammi dah kenal dorang ni.  Dari zaman ammi takde kakak...sampailah kakak dah darjah 2 sekarang ni.  Sayanglah ngan kawan-kawan ammi ni.

Hadiah EG ammi, ammi tak snap gambar.  Panas sangat cuaca sekarang ni...nak buat apa pun jadi cam hadooiii malas sangat.  Kalau dah pemalas tu bagilah seribu satu alasankan.


No comments: