Sunday yang panas jugak!

Dah tak reti pilih tajuk...jadi itulah tajuk dia.

Ahad 20.3.2016 hari last cuti sekolah.

Harini abah kata kita makan lunch dekat luar.  Tanya kakak nak makan apa... dia kata apa-apa.  Tanya abang nak makan apa dia kata sushi.  Whattt??? sushi makan tengah hari?  Ohhhh nanti tak kenyang.  Kita makan lain.

Sebab pagi ammi dah buat breakfast (nanti ammi cerita pasal ammi's homemade sausage & nugget), so kita makan lewat sikit.

Sebelum tu kita pergilah melawat-lawat mana yang boleh dilawat.

Suruh dia get ready...dia buat jari gitu.

Susahnya nak ambik gamba dengan 3-3 anak ammi ni.  Yang paling kecik ni eksen bebeno nak pandang camera.

Bila dapat ni...si abang pulak takde.


Kita gi tengok fish jelah kat KL Tower.

Harga tiket dewasa RM13.  Untuk kids RM11.

Besar ikan ni.


Kawasan dia kecik je.  Less than 30 minutes kita boleh setel pusing satu aquarium ni.  Pastu ammi tengok dalam satu aquarium tu adalah 5-6 jenis ikan tapi label untuk ikan tu 1 je.  Kenapa?? management tak tau ke ikan yang lain tu apa nama dia?

Ada aquarium langsung takde label.  Bukan ke kita datang sini sambil-sambil mencuci mata kita belajar jugak?

Ammi jenis tengok, teliti, baca dan perati bebetul.  Jadi ammi agak kebelakanglah kalo datang tempat-tempat camni.

 Ozil ni selalu kalau kat rumah bukan main lagi dia sebut "ish ish ish" maksudnya fishlah.  Tapi bila kat situ dia takut.  Mungkin ikan tu over besar kot

Lepas habis tengok ikan yang tak seberapa ni and perut dah lapar...marilah kita makan nasi kandaq kat Line Clear.  Apsal rasa cam tak kick sangat kari dia?  Tinggi sangat expectation ammi bila sampai pada kari ni.

No comments: