Sushi Prince at Sushi King

Ini cerita hari Ahad.  Dah masuk Ahad lagi skali baru ammi terhegeh-hegeh nak up kan post ni.

Disebabkan Abang dah sebut, sebut, sebut dan sebut nak makan sushi hari Ahad tu...makanya kita dinner makan sushi ajelah.

Makan dekat Sushi King Leisure Mall saje sudeh.. takyah susah-susah masuk Mall bagai.  Park kat luar terus masuk kedai.  Anak-anak pun pakai pyjamas je.


 Kena tunggu to be seated.  Full house.


Ozil kalau kakak benyekkan dia camna pun dia ok je.  Dia layan aje.  Cuba kalau abang yang buat.  Memang dengar lah dia jerit bergaduh.

Ok silalah makan. Tadi sibuk berzikir kat telinga abah ammi kan.



Kyra bukan penggemar sushi.  So orderkan dia Nabeyaki Udon.  Pastu apalagi satu mee tu ntah yang ada black pepper tu.

Kyra adalah penggemar cheese.  Whatever with cheese adalah faveret dia whereas Khilfi memang tak layan cheese langsung.  Ammi is so pening tau like this.  Sorang western sangat...sorang kampung sangat.  Hadoiiii.

Begitu cara dia pegang chopstick.

 
Cubaan


Ok..dapat gak masuk dalam mulut sotong tu.  Sotong ni yang paling dia gemar.  Kegemaran dia semua yang pinggan purple tu.  Pinggan paling mahal tu nak ooiii.  Tapi takpe...makanlah selagi rasa nak makan.

Orang lain semua dah kenyang...si abang ni masih tak setel-setel lagi.  Dia dok tunggu ada satu lagi jenis yang dia suka tu tak muncul-muncul kat conveyer belt tu.  Cun-cun nak tekan bell mintak bill muncul pulak.  Mujurrrr....kalau tak dah kene repeat datang sini.  Sebab perangai dia ni kang selagi dia tak dapat selagi tulah dia zikir tak sudah-sudah.

Dia dah kenyang dia tak senang duduk kat babychair.

No comments: