Apa ada dengan desktop

Disebalik desktop itu ada wajah-wajah sahabat kesayangan ammi.

Ada wajah sahabat-sahabat yang selalu trigger perkara-perkara baru, perkara-perkara positif dalam hidup ammi.  Wajah-wajah yang selalu je menjentik hati ammi, terima kasih sahabat sebab ada jentikan tu buat hati ngan jantung ammi bergegar dan alhamdulillah jadilah ammi seperti yang sekarang ni.

Collage ni kerja Dr Norida, orang yang pakai tudung oren tu.  Ini doktor luar biasa.  She is a medical practitioner, she's a tailor, she loves to cook (ammi selalu je curi idea masak dia) and she always jentik-jentik hati ni.  Hahahhaha.  Bila akak ni jahit baju pastu letak gambar baju tu...terjentik-jentik hati kitorang dalam gambar ni nak beli.  Bila dia buat tudung pun gitu.  Pendek kata...apa dia pakai kitorang pun nak pakai.


Kak Ida sebab ammi semua orang sibuk selfie ngan desktop.  Salah tu kak...semuanya sebab Shima.  Dia kutuk gambar saya yang first tu.  Bukan kutuk saya tapi dia kutuk benda putih kat belakang tu.  Ayat dia..."kak nest osem... desktop putih belakang tu lagi osem".  Hahahha.


Nampak desktop ala-ala aquarium kat belakang tu?  Ye masih berfungsi untuk kerja-kerja e-filing.  Barang lama dibuang jangan.  Tiada lama tiadalah yang baru.  Tetiba je.

Ada gambar gathering sempena 10 tahun usia persahabatan kitorang.  Ammi tak join sebab ammi tak sihat tapi ammi gigih tau view satu-satu gambar yang dorang share kat group.  Jeles to the max.

No comments: