Beans, beans & beans - 3 days in a row

Hari Ahad haritu abah gi pasar, abah beli kacang buncis banyak.  Ammi pesan suruh beli segenggam tapi ammi lupa pulak nak sebut segenggam ammi.  Hikhik.  Jadi abah belilah segenggam abah.  Makanya melambak kacang buncis tu.

Memang tak habislah kalau masak sekali harung.  Takut membazir je.  Jadi hari ahad tu ammi buat beans goreng biasa je.

Hari Isnin tu pulak..ammi buat telur dadar untuk anak-anak bawah gi sekolah.


Alhamdulillah both of them liked it so much.  Kebetulan pagi tu Ozil terjaga awal, ammi bagi je telur dadar tu, koyak-koyakkan sikit masuk dalam mangkuk biar dia makan dendiam.  Selesai.

Malam Isnin tu pulak, ammi berlagak masa abah tanya nak makan apa for dinner.  Ammi kata taknak makanlah.  Sekali dah pukul 9 gila punya lapar.  Tu pun puas tahan.  Sudahnya...makan jelah.


Maggi Ayam with beans.  Jadilah daripada terbuang je beans tu.

Ada lagi balance beans tu....pening mak.

Kebetulan Hari Rabu ammi EL sebab Ozil demam.

Sian dia semalam... meleleh je airliur dia sebab mulut takleh nak tutup.  Doctor kata tekak dia merah.  Air pun dia refuse nak minum sangat.  So ammi buatkan air sarsi sikit...biar ada color sikit as long as dia nak minum.  Takut sangat dah ammi kalau dia demam and dehydrated.  Ammi taknak jadi macam tahun lepas.

Ozil was admitted due to severe dehydration sampai tahap setitik darah pun tak keluar masa doctor nak amik darah dia utk check, pneumonia and macam-macam lagi.  Minta dijauhkan.

Jadi sebab anak ammi demam...masak bubur jelah.

Bubur letak ubi kentang aje pastu untuk Ozil ammi gorengkan ikan bilis tumbuk hancur-hancur dan gaul sekali.  Pastu ammi selesaikan beans dalam fridge.  Ozil suka sangat tapi dia taknak kalau makan bubur semata.  Bubur tu kena letak sayo, sayo tu pulak dia kena nampak.  Jangan sorok-sorok.

 Pastu kena pastikan sayur tu dekat belah belakang sikit.  Kalau kat depan nanti dia gigit sayo je pastu bubur tu dia taknak.  Anak oh anak.  Anak ammi bijakkkkk...tapi ammi lagi bijak.  Hahahha

Yang ni untuk ammi.  Ikan bilis goreng buh cili api ngan bawang.  Jadilah.

Memula ingat nak buat sambal bilis berlada.  Tapi kemalasan tahap cam hapa je ntah.  Bukan nak suruh giling pun cili tu.  Blend je.  Itu pun malas.

No comments: