Dia dan tudung

Bukan tudung yang sibuk diperkatakan kat social media sekarang ni.  Ammi tak pakai tudung jenama tu sebab ammi tak mampu.  Ammi pakai syria cap pasar malam hat yang sepuluh hinggit je.

Tapi ni pasal budak tecik hidung kembang dengan tudung saji.  Sekarang ni...letaklah, taburlah banyak mana mainan... benda yang dia cari untuk dibuat main adalah benda-benda yang melibatkan "masak-masak".  Nak jadi chef ke?

Kalau time ammi tengah masak dia kacau..ammi bagi je satu mangkuk plastik, sudu, spatula kecik kat dia.  Suruh dia masak.  Wahhhhh bangga gila muka dia dapat masak sendiri.  Dah siap masak...dia gi capai pulak tudung saji.


Main tudung saji depan tv.


Kena belikan tudung yang kecik ke apa ni untuk jadi bahan mainan dia?


Bangun pagi pun...inilah benda first yang dia cari.

Ammi ni risau je bila dia duduk atau pijak atas tu...tudung saji tu pecah.  Kaki tersepit.  Isshhhhh

No comments: