Misteri terungkai

Misteri eyeshadow ammi yang rosak dah terungkai.

Suspect dah mengaku.


Definitely he is not the one.

My suspects are these two

First suspect

Second suspect.
Nampak tak lubang kat baju dia?  Semua baju dia mmg akan ada lubang camni sebab dia suka gigit baju.  Paling tragis skali baju raya yang baru pakai 20minit.  Koyak kat kolar.  Masa tu...memang ammi cubit dia sampai lebam perut.  Baju budak lelaki bukan murah.


Ammi tanya sapa yang buat eyeshadow ammi.  Dua-dua tak mengaku.  Kakak siap jadi anak yang paling baik..tolong ammi sapu bilik dia, lap bedak yang jatuh-jatuh.  Si abang pun sama gak membantu, sangat ringan tulang walaupun sebelah tangan pegang mainan.

Sebab dah takde sapa ngaku...ammi kata kat dorang kejap lagi masa solat isyak ammi nak doa kat Allah.  Sapa yang tak ngaku malam nanti masa tido biarlah tangan dia keluar ulat.  Bangun tido jari-jari semua hilang kena makan dengan ulat.

Tiba-tiba....laju je budak ni gulung-gulung baju camni.  Okkkkkk suspect telah dikenalpasti.
And finally he said, abang yang buat.  Abang mintak maaf.


Ammi:  Abang ni tak kesian ke kat ammi ye?  Ammi tak makan tau nak beli benda ni. (Nampak tak ammi pun menipu kat situ)
Abang:  Abang nak eksperimen macam sains comot je.  Abang cucuk pakai pin kat tudung ammi tu, pastu dia pecah.  Abang tuang je yang hitam tu kat tong sampah.
Ammi:  (Bercakap sambil tangan mencubit)...Lain kali kalau nak buat eksperimen, cakap dengan ammi, ammi boleh bagi benda lain.  Jangan usik barang-barang atas meja mekap tu.

No comments: