Budak Kacamata

Hmmmm... nampak gayanya family ammi and cermin mata memang tak dapat dipisahkan.

Sekarang ni Kyra pulak yang kena berkaca mata.  Kyra complain dari bulan lepas lagi kepala dia asyik pening je.  Bawak pergi jumpa optometrist untuk check mata.  Tahap rabun tu sangat minimum tapi adalah astigmatism sikit.  Mungkin itu yang buat dia pening.

Abah & ammi hold dekat sebulan jugak takmo buatkan dia spec.  Awal sangat kot nak pakai spec ni.  Tapi ammi tau camna rasanya pening disebabkan mata ni.  So, pegi jelah buat.  Buat kat kedai mama je jadi dapatlah harga murah-murah punya.

 Si bobok abah ammi ni.

Pilih frame yang paling murah, yang paling tahan lasak.  Harap-harap dia pandailah jaga.  

Memang anak dara akan berkepit ngan bapak dia camni ke?  Tertinggal mak dia terkedek-kedek kat belakang bawak bontot ngan perut yang berat ni.

Dah pandai start engine kereta dah budak ni.  Ammi rasa by the age of 15 macam dah berani nak drive kereta dah budak bobok ni.

No comments: