Cycling

Yeayyyy..cuti sekolah dah start.  Kalau masa ammi sekolah dulu..sehari sebelum cuti sekolah ammi dah start cuti dulu.  Haritu ammi terbuat camtu kat Kyra gak.  Ammi cutikan dia untuk sekolah pagi sebab nak bawak dia gi beli baju.  Sekolah petang tetap kene pegi.  Kejam tak??

Hari Sabtu plan asal nak pergi wedding then balik Seremban jap before balik Melaka.  Tapi kita merancang Allah yang menentukan.  Dijadikan cerita Khilfi dah bawak kitorang semua berumahtangga kat spital dari pukul 1 sampai nearly 4pm.  Redhooo.

Jadinya kita balik Seremban jelah.  Hari Ahad pagi jom kita gi cycling.  Abah Ammi pun taktau jadual Laman Basikal Seremban ni sebenarnya.  So pakai jelah baju sukan so that kalau basikal takde bolehlah jogging.

Sampai sana nearly 8am.  Yeayyyy dah buka.  Laju sangat budak-budak ni gi pilih basikal.

Khilfi & Ryan

Cucu Muma yang mokmok.  Ryan & Kyra.

Kurang sorang.  Daniel taknak ikut sebab dia ngantuk.  Tak nak ikut sudah..rugi.

Heee gedik sangat anak dara ni.


Untuk si kecik ni takde basikal yang sesuai.  Kalau ada yang paling kecik pun karang jenuh abah ammi kene membongkok tolak dia.  Huhuhu.

Nilah cara abah mengeluarkan peluh.  Kejar si kecik ni.

Sukalah tengok dorang happy.

Ada sekali tu Kyra nangis beriya-iya kluar airmata menjejeh-jejeh sebab jatuh lutut berdarah.  Mula-mula dari jauh nampak dia bangun relax je.  Kejap tu dia tolak basikal sambil muka penyek-penyek nangis.  alahhhhh hai.  


Sewa basikal kat sini RM2.00 untuk setengah jam.  Basikal luar tak dibenarkan masuk.

Next time datang sini kena pakaikan si kecik & semua yang lain selaur panjang.  Kena pakai mosquito repellent sekali.  Nyamuk banyak sangat aiiihhh.

Harini Kyra & Khilfi mesti happy sebab abah & ammi takde untuk bebel kat dorang.  Jangan nakal-nakal ye kat rumah Muma.

No comments: