Mothers' Day Outing

Ni cerita masa Mother's Day haritu.

Sarapan pagi cuma makan ermmmmm...ok ammi dah tak ingat kita makan apa.  Nampak?? nilah hasilnya kalau kita perap cerita lama-lama.  Kalau ayam kita perap lama dia jadi sedap lembut juicy....kalau ingatan kita perap belum tentu kita ingat.  Nak-nak kalo dah tepu dan neuron-neuron dah payah nak berhubung.

Ammi was thinking of having Teppanyaki.  Lama sangat rasanya tak makan.  Tapi Abah suggest kita pergi The Curve.  He went there few weeks before with his clients and dia kata mesti ammi suka suka.  Jadi ke Pak John Steamboat & BBQ kita.


Dia ada 5 choices of soup.  Tomyam, Chicken, Curry, Beef Bone & Miso.  Haritu kita ambik of course chicken soup for kids and curry for abah & ammi.  Asyik tomyam je kan.  Nak try miso tapi macam...hmmmmm next round maybe.


Ammi rasa abah dah dapat perangai ammi lately.  Suka amik gamba masa makan.  


Ozil makan tak berhenti dari mula sampai ke sudah.  Good boy.


The best part... hirup kuah pakai mangkuk terus.  Tak kose tau kita nak hirup sikit-sikit pakai sudu.  Pandai pulak tu dia lock sudu tu in between fingers camtu.  

Ammi ni macam risau je bila dia makan sendiri.  Baju habis comot.  Tapi takpe...i brought extra baju and seluar for him.


Bawah tempat duduk dia...tadaaaaaa.  Menangis staff dia nak kemas.  Hahahah...sorry


Lepas dah kenyang makan...kakak pegi queue for her favorite.  Dia memang hantu waffle especially yang chocolate flavour.  Sanggup tu Q panjang.


Tempat dia letak all the fishballs, makanan yang utk digrill semua tu kat hujung tu.  Dia susun bertingkat.  Selalu kita tengok dorang susun kat bawahkan.

Gambar tak banyak sebab malaslah nak amik.  Tangan belengas.

Ammi suka tempat ni...lain kali boleh pegi lagi.


No comments: