Sabtu

Lamanya tak update blog.

Semenjak department ammi kekurangan staff ni.. ammi rasa cam agak stress.  Task baru yang department ammi dapat buat kitorang semua especially yang terlibat rasa stress.  Stress dengan client yang ingat kitorang ni robot.  Stress sebab semua benda dia kasi deadline 24 hours.  Hoiiiiiii.  Jadi mood nak update blog pun kelaut.  Tido malam pun ammi teringat kerja, sangat tak berkualiti tido ammi lately.

Mood kelaut ke, ke gua ke anak-anak tetap kena diutamakan.


Masak yang ini je.  Sup suhun fucuk, ayam belado, ayam goreng kunyit kesukaan anak-anak.

Macam tiap-tiap minggu pulak ammi masak sup suhun.
Abah suka sup suhun, jadi stok suhun & fucuk kat rumah mmg tak pernah susut.  Tiap kali abah gi pasar mmg akan ada suhun & fucuk dalam plastik.  OMG.  Jadi sebab abah dah suka...ammi pun masak selalu-selalu supaya sup ni jadi faveret anak-anak jugak.  Aci tak???

Lepas makan, solat...lelaju siap sebab nak gi tengok movie yang abah ngan ammi dah janji ngan anak-anak.  Movie pukul 3.30pm.  Keluar rumah pukul 3pm boleh?  Nasib baik rumah ngan Leisure Mall sekangkang gorilla je.



Kyra enjoyed the movie, Khilfi enjoyed it 3/4 way and Ozil did not enjoy it at all.  Masuk je panggung terus nangis.  Jadi abahlah bawak dia keluar jalan-jalan kat luar.  Dia takut kot.  At least teka-teki ammi whether Ozil can behave in cinema terjawab sudah.  Lepas ni tunggulah sampai umo awak 4 tahun baru masuk panggung.

Us.


Kakak sibuk kata dia pening dari pagi.  Mungkin sebab dia selsema.  Nampakkkkkk...betapa "sayang" sangat adik dia kat kakak.  Picit kepala tak sampai seminit...buat-buat cukup syarat je letak tangan kat kepala kakak.

Tapi sebelum layan movie kat panggung...kitorang layan movie ni dulu kat rumah.  Very entertaining.

Dia letak kotak tu atas sofa...pastu dia masukkan kepala dia.  Pastu sibuk terpusing-pusing cari jalan nak keluar dari kotak tu.

Dalam kotak tu sibuk sebuk "angan angan" yang bermaksud jangan.  Macam ada orang pulak yang buat dia.  Dia sendiri yang cari masalah.  Hahahahha.

Malam...nak panaskan sup untuk dinner...dan dan tu je gas habis.  Jadi dapatlah makan sup suam-suam kuku.


No comments: