1st Ramadhan 1437H

First day puasa semalam, ammi dah EL.  Ozil demam.  Masa azan Subuh tu dia bangun pastu terus duduk atas riba ammi.  Rasa badan dia panas.  Kejap tu ammi rasa peha ammi yang panas...wahhhhh dia ciritkan ammi.  

Maka kul 6 pagi ammi ngan ozil mandi.  Sian dia.


Khilfi cuba untuk berpuasa this year.  Yelah dia pun dah 6 tahun.  Marilah ajar dia sikit-sikit.  Last year dia puasa half day. Ada yang 3/4 day.  Ikut mana yang dia laratlah.  This year kalau dia larat teruskan...if not bukalah.


Ni gambar selepas sahur.  Tak sempat azan dah hanyut terus.  Yang best tu...atas meja pun boleh.  Abaikan kain yang berlonggok tu ye.

Dalam pukul 6.30 tu kejut dorang suruh solat subuh.  Lepas solat tu terus tak tido sampai ke petang sebab dorang dapat izin main laptop.  Tak tentu hala semasing taknak bazir walau seminit untuk tido.  Hahahah...

Dah macam cyber cafe pulak rasanya.  Si Khilfi pukul 9 pagi dah termakan coco crunch yang dalam mangkuk hijau tu.  Yang tu sebenarnya Ozil punya.  Si Ozil pulak parking bebetul sebelah abang dia..selamba je abang dia ngap.  Pastu dia tersedar laju je dia gi uwek-uwek kat toilet.

 Frust sangat gaya mainnya.  Ingatkan main game mende...rupanya main game masak-masak je pun.


Petang lepas Asar ammi bawak kakak gi saloon.  Ammi nak potong rambut so Kyra pun tumpanglah cuci rambut.  Suruh dia potong rambut dia taknak.  Nak biar panjang katanya.  Bagus.  Ammi dulu meronta-ronta ngan Arwah Mutica mintak nak potong rambut tapi tak dapat-dapat.  Jeles ammi, adik beradik yang lain ok je rambut pendek...sampai kat ammi tak boleh potong.

And Alhamdulillah Khilfi dapat puasa full semalam.


Semalam ammi masak yang senang-senang je.  Malas nak duduk dapur lelama

No comments: