Happy 6th Birthday Son

Besar dah anak bujang ammi ni.

Bila dah besar, makin pandai berlawan cakap dengan ammi.  Dengan abah dia tak berani sangat.
Dah pandai tumbuk, debik kakak kaw-kaw.  Yang ni selalu buat ammi geram to the max.
Dah pandai jugak nak cakap dia suka kat sapa dalam kelas.
Dah pandai cakap ammi jangan pakai sexy..hmmmm.  Sexylah sangat mak ko ni.

Haritu Khilfi dah betul-betul buat abah marah.  Ammi pun terkejut tengok abah marah gitu.  Masa Khilfi kena rotan...ammi rasa macam ammi yang kena rotan.  :(((.  Tapi lesson learnt.  Dapatlah dia berubah jap for 1 week.  Jadi baik sangat-sangat-sangat.

Tapi sekarang jadi balik perangai suka hentak-hentak kaki, hempas-hempas pintu ni.  Macam nak suruh abah buat episod ke2 je.


Ni abang masa brapa hari ntah.. KHILFI yang abah ammi tunggu-tunggu.

Dari side mirror ammi nampak dia beriya pakai spec hitam kakak..huhuhu.  Amik gambar cecepat sebelum dia perasan.

Ni semalam masa gi check mata dia kat hospital.

Khilfi,
Abang selalu je cakap ammi tak sayang abang.
Siapa kata ammi tak sayang abang??
Tiada sorang pun ibu dalam dunia ni yang waras akal fikiran tak sayang akan anak-anak dia.
Ada sebab kenapa ammi marah abang.
Ada sebab kenapa ammi rotan abang.
Semua bersebab.

Happy birthday sayam ammi...

No comments: