Jadilah...

Setakat 3 hari Ramadhan tahun ni, Khilfi berjaya puasa 2 3/4 hari.  Alhamdulillah.  Jadilah dari tak mencuba langsung.

Semalam pukul 4.30, abah hantar gambar with caption "Tewas pada jam 4.27 petang" katanya.  It's ok abang...kita cuba lagi.  Insyallah boleh.

Kyra dah takde masalah sebab dia memang dah boleh puasa since she was 6.  Cuma adalah sehari dua yang dia tak larat so silalah buka.  Anak perempuan ngan anak lelaki beza kot.


Dia ni kurang minum air pepagi.  Tapi waktu berbuka memang satu jug teh o lemon panas tu dia konker.  Dah 3 hari berturut-turut itu je air waktu berbuka.  Ikut suka kamulah janji habiskan.

And setakat semalam...kitorang belum jejak Bazar Ramadhan lagi.  I'm challenging myself this year.  Harap-harap takdelah jejak kaki kesitu sebab biasanya once pegi je confirm PEMBAZIRAN!!


Day 2 - Ammi masak Mee Sup and Mee Goreng.
Abang requested for Mee Sup and Kakak requested for Mee Goreng.  Buatkan ajelah sorang sikit.  Bagi semangat untuk terus puasa esoknya.


Day 3 - Ammi masak lemak pegaga udang and sambal ikan bilis je.  Ayam depan tu jiran sebelah bagi .. sedap tapi ammi pun taktau dia masak apa.  Rasa cam rendang ada, kari ada, asam pedas ada.  Confuse disitu.

Harini apalah ammi nak masak ntah.  


1 comment:

Mia Kassim said...

Salam ramadan yang ke 4 .. singgah sini :)