Si besar & si kecik

Ozil sangat rapat dengan kakak.  Kalau main tu dia lebih banyak cari kakak compared to abang.

Mungkin kakak je yang larat nak dukung pastu pusing-pusing ngan dia kot.  Abang dengan Ozil sama je kot berat dorang.  Kecik sangat abang ni.  hahahha.

Haritu masa 1st week school holiday, abang & kakak duduk dekat rumah Muma.  Ozil keluar masuk bilik panggil "Annaaaa...annaaaa".... "Tatak tatak"....

Dia memang panggil kakak dia "anna".  Apa anna tu sebenarnya pun taktau.

Dengan kotak pun jadi bebudak ni.

Dia terperasan ammi snap gambar...terus posing tau si kakak debab ni.

Kalau kakak dengan abang dah tido, Ozil akan masuk dalam bilik kakak abang panggil-panggil nama kakak abang.  Bila kata kat dia abang dengan kakak dah tido.  Kiss abang.  Laju je dia geleng kepala.  Tapi nanti dia pegang-pegang je rambut abang dia.  Kalau kata kiss kakak....wahhhhh nak pulak dia.  Nasib baik abang belum tau rasa kecik hati lagi.

No comments: