Lain dicari lain yang dapat

Hari Ahad haritu Ammi gedik-gedik ajak Abah gi Home Living Exhibition dekat Sunway Pyramid Convention Centre.  Tengok banner on the way pegi kerja nampak macam ada gambar iron Philips tu bagai.

So, pergilah dengan niat nak beli iron je.



On the way pergi.  

Si kecik tu tengah menari sebenarnya.  Gitulah gaya dia menari..tangan je gerak.  Kaki statik.

Sampai kat sana first sekali lalu kat tempat orang jual katil.  Adooooii.
Ammi relax je.  Abah je yang tersangkut kat semua sales person.  Kebetulan katil kitorang memang dah roboh dan kitorang tido ala-ala Jepun sekarang ni.

Begitu gaya berbincang.
Nasib baik ammi ada ditempat kejadian.  Kalau orang yang send gambar kat ammi mesti ammi dah merajuk ni.  Intim sangat nihhhh.. hahhahah.

Sudahnya terbeli jugak akhirnya katil tapi bukan ngan orang ni.  Beli dengan orang lain yang tak perlu cakap sambil baring-baring gini.

Dorang paksa ammi amik gambar.  Nampaknya dorang suka air-air terjun gini.  Nanti kalau kita ada rumah besar, rumah teres ke kita buat camnilah ye.

Pastu tengok dalam camera ada orang curi snap gambar ammi.  Paparazzi kecik ni.



Pukul 3 baru nak lunch.  Dah selesai membeli dan membayar.

Kesudahannya ammi tak beli pun iron sebab orang tu kata dia jual produk Philips.  Yang ammi nak beli tu Philips gak tapi under Amway.  Jadi dia ada spec yang berbeza sikit sebab dorang dah ada mutual agreement.


1 comment:

Shamriza said...

peh.. ko nk beli iron amway tu.. hehehe.. org kata mmg berbaloi tpi sbb aku masih gsok baju utuk diri sendiri sahaja, mka ku pendamkan hasrat utk iron or Noxxa..

tpi gitula kan, kalau pgi niat nk beli lain, konfirm ada je mende lain yg dibeli.. yg niat tu, kdg ada, kdg mmg tk nmpak truss..