Sabtu di rumah

Hari Sabtu haritu abah kerja..jadi kita duduk jelah rumah takde gi memana.

Malam Abah ngan dengan abang gi tengok bola pulak kat stadium mana ntah.  Melaka vs KL.

Disebabkan duduk je kat rumah jadi kita terima tetamu-tetamu cilik jelah.  Yang jenis... "Assalamualaikummmm...kita datang nak raya".  Mehlah masuk.

Dah buruk meja kita ni Encik Kay.
Ni team raya yang paling first.  Nak jamu dorang makan... dorang taknak.  Dia kata tadi mak kata makan kat rumah.  Hmmmm ok.

Ammi masak nasi ayam je.  Malas nak pikir lauk lain.  Ayam tu ammi buat 2 versi.  Satu stim satu lagi goreng.

Sayur-sayur tu ammi potong pastu kakak yang susun.  Oklah...ada gak idea dia ni nak menyusun.  Tak sia-sia kelebet majalah masak-masak ammi.

Ini team ketiga.
Team kedua lupa nak snap gambar.
Team kedua tu anak-anak polis.  Sebab asyik kita je tanya kat dia.. dia tanya kat Mr. Kay yang kebetulan balik utk lunch.."pakcik keje apa"?

Budak-budak:  Pakcik kerja apa?
Pakcik Kay:  Pakcik keje biasa-biasa je
Makcik Sheila:  Pakcik ni pun POLIS jugak.
Budak-budak:  Ehhh..kenapa tak nampak pun baju polis.
Makcik Sheila:  Baju simpan dalam almarilah..takkan nak letak depan pintu.
Budak-budak:  Bapak saya letak baju kat ruang tamu.

(itu bapak ko nak....)

Yang tudung turqoise tu kawan kelas Kyra - Aifaa nama dia.  Yang kat belakang buat peace pun kawan kelas dia jugak..Adam Haris.

Budak baju merah tu request utk ammi refill muruku.  Dia kata muruku ni ada lagi ke Acik?  Sedap.  So ammi pun pegilah dapo refill.

Keluar dari dapo hambooiiiiii... tanjat ammi.
Bukan main lagi host kecik ni menghiburkan tetamu, menari-nari bukan main lagi.  Siap tergelak-gelak dorang.  Melampau ye kamu ni Ozil.

Kejap tu ada lagi satu trip beraya...tapi ammi tak sempat nak snap sebab Ozil dah meragam.

No comments: