Selamat Hari Raya 2016

Selamat Hari Raya semua... Maaf Zahir dan Batin.

Orang lain dah bersusun-susun gambar kat facebook, kat blog.  Ammi baru nak tepek kat sini ha.

Mana mood mana???

Tema baju?
Memula kakak request nak pakai hijau.  Ok set.  Ammi ngan kakak berpisah haluan dengan abah.  So we bought green.  Sekali abah boleh pulak gi amik utk anak-anak bujang dia warna cam kelabu taik hanjing ni.

Baju anak bujang beli kat Bangi...baju abah beli kat Seremban.  Nasib baik jumpa pattern yang sama.  Jadi nak bagi tema yang sama... ammi ngan kakak pakailah tudung oren.  Agak-agak apa tema warna kitorang ni sebenarnya?? Oren ke?  Hahhahah belasah jelah labu.

Susah betul nak amik gambar dengan tenang.

Kakak sentiasa sporting kalau bergambar

Pak Haji kecik ni dari sopan terus jadi seksi.  Tapi ammi nak letak gak gambar ni kat sini.

With Muma...tapi abang pulak tak nampak muka.  Hmmm

On the way to Alor Gajah.  Barulah tenang sikit.  Kalau tak tu dia asyik nak ke depan ke belakang aje.  

With Atuk.. kitorang sampai Melaka around 2pm.  Atuk ngan nenek dah tukar uniform...atuk pun dah tido lena kepenatan.

Ni gambar awal-awal.  Poyo sangat muka dia bila dapat pakai baju baru, kopiah bagai.  Senyum senget jeee.

Dah raya sikit-sikit kat rumah Abah..kita gerak gi Sg. Tuang pulak.  Gi cari chalet pastu gi rumah Balang Izan.

Makan-makan pastu terus gi bilik.  Budak-budak nak mandi laut dah.


Penakut sangat budak ni.

Ammi menikmati sunset di tepian pantai Pengkalan Balak dengan angin yang sepoi-sepoi tak paham bahasa.

Gambar-gambar lain nanti-nantilah kalau rajin ammi letak.  Malas sungguh rasanya.

No comments: