:: Throwback :: Jamuan Raya 2 Anugerah

Jamuan Hari Raya kelas kakak hari Jumaat 22.7.2016.

Dalam list tu berjela menu.  Mujur juga sekolah dia amalkan konsep bawak apa yang kita nak bawak.  Ada jugak sekolah yang cikgu dah tentukan sesiap orang perlu bawak apa.  Kesianlah pada parents yang kurang berkemampuan.  Sebab pada kita yang sederhana ni..setakat belanja rm20-30 tu insyaallah takde masalah.  Tapi untuk parents yang gaji memang dah tipis tu tak ke sangap?


Ada lagi list sampai 32 rasanya.

So, sebab ammi dah janji nak bawakkan brownies...maka balik kerja hari Khamis tu pergilah laju-laju beli bahan.

Fudge Brownies

Beli bekas ni sekali.  Sebab nanti Kyra tak payahlah sibuk nak bawak balik tupperware.  Potong brownies tu untuk sekali hadap.

Kakak kata masa balik tu ada lagi sikit brownies, so dia bawak gi skolah agama sebab sekolah agama pun ada jamuan raya gak belah petang.  Cikgu sekolah agama tak inform pun ada majlis jamuan raya so maaflah cikgu...last minit mmg takda apa yang boleh saya bekalkan.

Ni cikgu apa pun ammi taktau namanya.





Salah satu gambar kakak yang ammi dapat.  Kenapalah menyorok time cikgu snap gambar?
Kakak rasa kakak yang mana satu dalam gambar ni?



Nilah juadah-juadah yang parents sediakan utk jamuan raya kelas kakak.  Next time insyallah ammi cuba buat yang best sikitlah.  Insyaallah.

No comments: