Ammi buat steamboat

Dah lama tak buat steamboat kat rumah sendiri.  Last buat kat rumah Mama masa Deepavali last year.

Kat rumah sendiri last rasanya masa Khilfi baby.  Khilfi pun dah 6 tahun.

So, hari Ahad 14/8/2016 tu kita buatlah steambot.  Ammi malas nak pikir nak masak apa sebenarnya.  Anak-anak memang suka stimbot..so lagi bertambah senang kerja ammi.

Ammi seriau gak multicooker tu rosak ke hapa.  Dah berkurun gak tak guna since our last steamboat session kat rumah.  Multicooker ni dah 12 tahun umurnya.  Hadiah yang ammi dapat masa wedding.  Thank you Mr. Bob Zaini for this multicooker yang masih lagi bertahan.

 Ammi cuma buat sup dan sambal cicah tu je.
Yang lain-lain kita beli siap jelah.  Tak ghoti ammi nak buek tauhu-tauhu tu dohh.


Abah beli macam-macam jenis sayur.  Ni pun ada 2 jenis sayo yang ammi malas nak basuh.  Jadi duduklah dendiam dalam esbok.

Next day tu...ammi kena ambik EL pulak.  Si kecik ni demam panas tetiba.  Dari hari Ahad siang tu dah macam panas je tangan kaki dia.  Bila menjelang petang..zassss.  Panas berbahang.

Tengah malam ammi bungkus dia dengan wet towel..dia diam je tak melawan langsung.  Mesti dia tak larat nak cabut tuala tu.

Jadi siang tu ammi buat nasi goreng lebih sayur jelah.  Tak pedas langsung sebab nanti bos kecik nak makan camna kalau pedas.  Goreng pulak guna butter.  Perghhhh.  Sedap i tell u.

No comments: