It's time for a change

Last 3 weeks kot..ammi applied for leave on Friday.

Boss tanya...why? Sebab ammi tulis reason tu personal.  Ammi kata...I wanna go and buy curtain.

Hohohohoho...telus dan jujur jawapan.  Tergelak bos sebab dia kata "do you really have to take leave just to buy curtain??".  Yelah boss.  Awak tak de anak bolehlah nak tanya soalan camtu.  Cuba ada anak tengok kalau anak tu nanti tak main nyorok-nyorok celah kain.

Pagi tadi macam..abah tanya nak pegi mana ni?  Ammi kata nak pegi Nilai boleh, nak gi Bangi boleh, nak gi Jalan TAR pun ok.  Dalam hati macam meminta-minta abah setuju gi Nilailah sebenarnya.  Sebab tu sebut nilai 2 kali.  Nilai 3, Nilai Square.  Tadaaaaa..ke Nilai kita.

Bila pergi berdua dapatlah jalan pegang tangan.  Kalau tak tu...memang kena berlari kejar si kecik jelah.


Finally.  Sempatlah lepak kat KFC Nilai tu sementara tunggu Abah solat Jumaat pastu tunggu orang kedai tu jahitkan langsir.  Ammi beli untuk bilik kakak sekali.  Gila lajulah tailor tu jahit.  Memanglah jahit simple je tapi fuyoooo.  Kalau ammi terkial-kial.  Dia siap pasang cangkuk bagai lagi.

Ammi dah usha-usha kedai jahit bangla kat sini.  Murah wei dorang jahit sarung kusyen.  Pasni kita tukar sarung sofa pulak ye.  Kasi matching dengan rumah.

Masuk je kereta terus ammi terlelap.  Tau-tau dah sampai area rumah.  Abah dan singgah nak gi beli cat pulak.  Orang lain cat rumah, beli langsir sebelum raya..kitorang lepas raya baru hegeh-hegeh membeli.

Dalam kepala ammi memang dah target nak biru sebab most of our furniture warna brown.  Tapi biru mana nak pilih ni.

Sudahnya...biru ni jelah ammi pilih.   Ok tak langsir tu?  Lepas ni kita tukar sofa cover pulak.  Dah 10 tahun dah kot guna sofa ni.  Nak beli yang lain macam...hmmmmm nantilah dulu.  Kita pakai je selagi masih utuh.


Bila tutup lampu warna dia jadi cam purplish gitu.  Oklah.. dah sembilan tahun dok pandang dinding kuning tu.

Rasa cam luas pulak ruang rumah bila guna warna ni.


No comments: