Kuala Selangor == Bukit Malawati

This is our story for 24.7.2016.  Tajuk pun taktau nak taruk apa.

Saturday, kita semua duduk je kat rumah kecuali abah sebab abah work.  Huhuhu.  Ammi masak bubur je haritu so nak tak nak Kyra pun kenalah telan sebab ammi guna kuasa veto.  Asyik nak ikut tekak dorang je kan.

Jadi Ahadlah kita keluar.  Ammi sediakan cekodok je as sarapan.  Abah kata ada tempat baru untuk makan kat Kuala Selangor.  Ammi was like ... Whatttttt???.  Tapi ok je Kuala Selangor ke Kuala Pilah ke Kuala Lumpur ke.  Janji keluar.

Jadi lepas Zohor baru kita keluar...sebab malaslah nak berenti solat kat tempat lain.

Dalam kereta.. budak kecik ni sekarang dah jumpa tempat baru utk duduklah pulak.

Ni pose dia lately...kalo amik gambar tangan dia gitu.

Pastu..poselah camna pun..expression muka tetap sama.  Anak abah sangatlah kamu ni Ozil.

Alhamdulillah...tido sudah.  At least dah tak yah nak layan dia punya perangai moody jap lagi.


Sampai pun.  Inilah tempatnya.  (I googled this pic)
D' Coral Kuala Selangor.
Tempat selesa. Angin sepoi-sepoi bahasa.  Kat atas ada ruang solat lelaki pompuan yang selesa.  Rasanya ada private room gak kot kat atas tu.

We had these...
Ikan Talapia D'Coral
Sotong Goreng Tepung
Udang Masak Pedas
Steam Egg
Kangkung Goreng Belacan
Sup Sayo
Air Kelapa, Barli, Asam Boi.

And harga cuma RM146.30 je.  Murahkan??

Lepas habis makan tu..abah ajak gi tengok monyet kat Bukit Malawati.  Dulu masa abah ngan ammi bercinta..ihikssss...kitorang ada gak datang sini.


Yang paling berani is yang paling kecik tu.  Ammi yg dah seriau kat tepi tu takut dia tarik ekor monyet tu.

Abah ajak naik trem sebab malas nak drive naik atas.  Oklah...jomlah.  Kasi pengalaman sikit kat anak-anak.

While waiting for tramp..nampak tak expression muka abah macam Ozil sangat.  Takmo senyum langsung.

Yang paling belakang tu as usual...memang makcik over

Ammi tak perasan pun ada orang pakai selipar sebelah lain.  Hmmmmm.


Ni kat atas Bukit Malawati.  Kat sini banyak monyet.  Pastu kitorang turun lajulah sebab monyet tu dok aim aiskrim bebudak ni.

Kat sini baru ammi perasan kasut dia lain.  Melampau tau abang ni.  Dah besar pun tak alert.
Tapi ammi rasa abang memang dah start rasa tak sedap badan sebab tu dia pakai je apa yang dia nampak.  Dari rumah dia asyik baring je.

Malam tu dia dah start demam...panas gila badan abang.  Esok pagi tu ammi pulak demam.
Hmmmmmmm memang tak dapatlah ammi join jamuan raya opis ammi.

Lepas ni kita datang sini check in hotel pastu boleh bawak budak-budak ni tengok fireflies.  Give them some exposure to nature.

No comments: