Sakit one after another.

Minggu lepas family kita macam sakit lepas sorang-sorang.

Starts from Kyra yang demam on Saturday 13/8/2016.  Dari pagi sampai ke petang dia baring je dalam bilik.  Malam Ammi cakap dengan abah ajak budak-budak ni pegi riadah dekat Putrajaya.  Konon nak bagi dia berpeluh and cepat sihat.

Pastu hari Ahad...Ozil pulak start demam.  Jadinya Isnin 15/8/2016 tu ammi tak kerja.  Hari Selasa masa ammi nak pergi work pun Ozil still demam lagi.  Tapi gagah gaklah tinggalkan dia dekat rumah Ibu.  Ammi percaya sangat dekat ibu sebab ibu memang bagi perhatian kalau ada anak-anak yang dia jaga tak sihat.  Dia sanggup masak lauk asing untuk anak-anak ni.  Thank you ibu.

Pastu hari Selasa ammi pulak start rasa nak demam plus sakit belakang yang ammi rasa since week before tu macam bertambah-tambah sakit.  Pegilah jumpa panel dekat ofis ni.  Dia bagi ubat demam, ubat sakit belakang.

Hari Rabu bangun pagi ammi dah start demam.  Beratnya badan nak bangun plus belakang ni takleh tegak langsung.  Sampai menitiklah airmata ammi.  Pegilah dekat panel yang dekat rumah ni pulak.  Memang confirm ammi demam..39.5C.  Pastu siap nangis depan doctor sebab menahan sakit belakang.  Tak reti dah nak duduk camna.

Doctor bagi MC, 1 jab, dengan ubat, ubat, ubat dan ubat.  Belambak wei ubat.  Pastu balik tido beriya-iya. Khilfi pun tak pegi school harini sebab Abah ada kerja kat Nilai pukul 10.  Abah risau abah tak sempat nak fetch dia from school petang nanti.  Jadi dialah peneman ammi.


Terjaga pukul 3 petang...sebab rasa cam mimpi tengah makan maggi.  Ya Ampun....nampak nau tengah kelaparan.  Kesian anak bujang ammi pun tak lunch jugak.  Dia pun satu hal...tak reti-reti nak kejut ammi.


Sebab dah termimpi maggi...makanya bermaggi ayam jelah kita.  Hurmmmm seronoklah anak bila dapat makan maggi.

Pastu hari Khamis, Ammi pegi jelah kerja macam biasa walaupun rasa belakang ni masih tak elok lagi.  Dah doctor bagi MC sehari jekan.  Jalan slow-slow, tunduk hati-hati, nak shi-shi pun hati.  Sekali masa tengah buat photocopy ammi kena back muscle cramp.  Fuhhhhhhh...menangis.  Tinggalkan aje document kat tepi mesin tu pastu jalan slow-slow gi workstation.  Nasib 2-3 langkah je dari photocopier tu.  Memang mengalirlah airmata menahan sakit.

Call abah mintak tolong amik ammi...Abah ada work pulak kat belah-belah Ampang tu.  Ammi pun call je lah cab suruh hantar gi Hospital.  Masa ni tawakal je kalau doctor nak admit...silalah tahan saya.  Saya menyerah diri.


Sampai hospital terus je dapat jumpa dengan orthopedic on duty.  Nasib baik takde nak queue sangat.  Buat x-ray semua nampak tulang oklah..takde slip discs.  Cumanya tulang belakang ammi tak lurus.  Ada bengkok sikit.

Doctor kasi ubat power punya...pastu dia bagi MC 5 hari.  Yeayyyyyy takyah gi kerja.  Tapi 5 hari termasuk Sabtu Ahad.  Hmmmmm.

Jadi tulah...lepas sorang-sorang tak sihat.  Semoga kami dilimpahi kesihatan yang baik selepas ni.

Ni harini Abah pulak positive denggi.  Dugaan.

1 comment:

Anonymous said...

Sis try pegi chiropractic. I so far few sessions jugak sakit belakang tu reduce everytime. Feeling better la jugak sbb benda tu asal nya kita salah posture so yg buat sakit sbb urat tu tersepit or pinched nerves. Imagine kalau urat tersepit in between tulang sbb tu la sakit. So dia panggil process tu re-alignment tulang kita. i ambik package la chripractic ni. A bit pricey but worth trying.sbb selama ni asik la pegi urut but urut boleh lega kan je but selagi nerve tu tersepit selagi tu dia temporary relief je.