Bila abah sakit

August has not been good to us.

Sorang demi sorang in the family jatuh sakit and Abah was the last one to go.

Abah start demam since Selasa 23/8/2016.  Ini demam yang serious sebab ammi jarang nampak abah flat camni.  Abah selalunya jenis yang tak layan sakit.  Abah demam pun abah still boleh bangun hantar ammi pegi kerja.  Pegi sana sini.  Tapi kalini abah memang lain.

Wednesday demam abah tak kebah jugak walaupun ammi bagi abah makan panadol every 4 hours.  Malam-malam ammi letak towel basah kat kepala tapi cepat je towel tu kering.  I'm almost down to see my hero in this condition.  Tapi ammi kena kuat untuk anak-anak ammi.  Petang ammi balik kerja, abah still jemput ammi kat LRT.  Badan abah PANAS.  Ammi terus ajak abah gi clinic and doctor prescribe abah with antibiotic sebab tekak abah pun merah.  Doctor kata tak perlu buat blood test lagi sebab abah belum makan antibiotic.  By Friday kalau tak ok then baru buat blood test.

Friday, abah gi buat blood test.  Confirm DENGGI.  Cis kau Aedes.  What have u done to my hero?  Sabtu pagi abah gi check blood lagi skali and the platelet drop to fast.  From 101 to 37.  Terus je check in hospital sebab abah pun memang dah tak lalu nak makan or minum.  Minum air tak boleh masuk.  Orang dok cakap minum air banyak, minum 100+, minum ni minum tu.  Tapi bila badan dah menolak...apa je yang boleh dibuat? Masuk hospital ammi rasa legalah jugak...sebab at least boleh drip air.  Ada orang boleh pantau on daily, hourly basis.


First day abah dekat ward.  Abah look so weak.


Semua nak duduk atas katil.  This is how they always do at home.  Memang jenis berkepit dengan abah.  So...silalah redha abah.  Walaupun sakit anak-anak tetap nak panjat duduk dengan awak.

Pakcik kecik layan upin ipin.


Petang sabtu tu kakak pun demam gak.  Adoi...abah baring atas katil.  Kyra baring kat day bed sebelah hujung.  Memang panas badan dia and dia complain sakit kepala.  Balik rumah ammi bagi dia ubat demam.  Dalam otak dah terfikir.  Esok pagi kalau demam dia tak kebah...kita terus je buat blood test.  Takmo tunggu lagi dah.  

Alhamdulillah...bangun esoknya dia dah sihat boleh melompat-lompat main atas katil.


Ni Sunday.  Ammi pergi visit abah kat hospital around 12 pm.  Masak nasi goreng je masuk dalam bekas and kita makan sama-sama kat ward abah.  Picnic sangat nih.

Ammi siap bawak buku latihan lagi untuk kakak dengan abang buat.  Periksa akhir tahun dah tak lama lagi.  So silalah belajar.


Isnin semua orang yang sihat ni buat macam biasa.  Ammi pergi work, kakak sekolah macam biasa, abang sekolah macam biasa.  Ammi mintak anak Ibu tolong hantarkan abang ke sekolah.  So, ammi cuma hantar kakak ke sekolah then ammi tunggu feeder bus ke LRT.  Alhamdulillah everything was smooth.  Thank you anak-anak sebab bekerjasama dengan ammi masa abah takda.

Balik kerja ammi terus gi hospital.  Jumpa cinta hati ammi.  Yeayyyy...Monday abah looks much better than 2 days before.  Ohhh...better than 6 days before actually.  Jumpa abah kejap and ammi balik rumah sebab anak-anak semua tengah tunggu kat rumah.  Kesiankan.

Sebak okay masa tengok dia berjalan masuk bilik sambil seru Abah, Abah.  3 empat kali gak dia buat camtu.


Mesti dia kecewa bila abah takde pun dalam bilik tu.  Ammi hantar gambar ni dekat abah.  Terus je abah hantar voice chat.  Abah pun bukan boleh bila benda yang melibatkan anak-anak ni.  Muka je ganas...hati lembut abah ni.

Akhirnya hari Selasa abah dah boleh discharge.  Yeayyyy alhamdulillah.  4 days without abah at home rasa macam Ya Allah...lamanya.

******************

Terima kasih dekat kawan kelas ammi masa sekolah rendah, uncle Azif sebab susah payah hantarkan jus betik untuk abah.

Terima kasih jugak untuk kawan ammi & suami yang berjaya belikan lagi jus betik and deliver straight ke ward.

Terima kasih untuk semua yang datang melawat Abah dekat ward.

Terima kasih sangat-sangat.

No comments: