Gold Coast Malacca International Resort

Masa last school holiday haritu ammi memang ambil leave for whole week.  Monday dengan Friday memang public holidays for Hari Raya Qurban & Malaysia Day.

Abah book hotel dekat Gold Coast Malacca from 13.9.2016 to 15.9.2016 (silalah google sendiri kat mana).  Macam ramai je yang tak tahu tempat ni.

We booked under traveloka.com, 2 rooms apartment cost us around RM630.00 for 3 days 2 nights.  Bila check in dia bagi kita apartment 3 bilik.  Ini sudah menarik.  Jadi jom anak-anak buah...kita tido beramai-ramai.

Malas nak bercerita sebenarnya sebab ammi rasa cam cuti kali ni tak menarik langsung.  Atok was warded on our 1st day check in.  Jadi rasa nak berhungga tu macam agak terbantut.  Pastu 2nd day tu Adli Shah pulak jatuh dekat slide and berdarah kepala.

2nd room

3rd room.  Eh dah kenapa kat semua room ada je budak ni?

Living hall dia.  Galak betul budak kurus ni main bawah coffee table.




Malas nak mandi...duduk jelah kat tepi tu monitor bebudak naik slide yang tak seberapa tu.

Ni view dari balcony apartment unit kitorang.  Nampak macam dekat je dengan pool.  Tapi kalau nak pergi ke pool tu masyaallah....need to make 1 biggggg turn baru sampai pool.  Huh.  Hilang selera nak mandi bila kena jalan jauh-jauh camtu.

 Ni pulak dia punya tempat makan.  MAKANAN ADALAH FAIL.  TOTAL FAIL i would say.

Pilihan sangat minimum atau lebih tepat...takde pilihan.  Nak taknak ko kena makan gak.

Kat porridge section...cuma ada porridge, telo masin yang dah dihancurkan, pickles mende ntah, daun bawang, sesame oil & kicap masin.  Itu sahaja.

1st day dia serve kueh tiow, nasi goreng pastu sambal yang tasteless.  Kejap tu sampailah ayam goreng.  Memasing pergilah kerumun kat situ termasuklah Abah sebab dah takde benda kot nak makan.  Sekali ayam tu sejuk.  Ingatkan lambat keluar kot baru keluar dari kuali ke apa.

So..Adam kata makanan paling best skali kat sini adalah ROTI.  hahahhaha..

2nd day dia serve nasi warna kuning with I'm not sure kari ayam or rendang ayam.  Rasa takde..pastu baru sesuap ammi jumpa bulu ayam kat celah ketiak ayam tu.  Ingat ayam ammi je...abah pun jumpa bulu ayam gak.  Weiiiii..


Ntahlah rasa macam malaslah nak panjangkan review ni.  Hilang kelaut China Selatan mood ammi tau.

Tapi for those yang nak pergi jugak...ikut suka koranglah.  Manalah tau dia dah improve masakan dia.  Kalau walk in harga utk breakfast for adult is RM25 and kids RM15.

Nasib baik first day tu abah dengan abang Adam dah pergi cari nasi lemak berbungkus-bungkus untuk kanak-kanak yang makan dalam apartment.  Kalau malas keluar and bayar RM15.00 each..rasa sampai harini ammi menangis.

Ayat abah...hotel ni kaya dengan bantal je.  Serious terlebih-lebih bantal dalam setiap bilik.

This story ends here...takde summary yang nak disummarizekan.


No comments: