Happy birthday to me

Happy Birthday to me.  Yeayyyy I'm forever 17.

No special celebration this year like I use to celebrate.  Abah baru je discharged 30.8.2016 and esok tu birthday Ammi.  So, takde sessi tengok fireworks or stay up sampai tengah malam.

Ammi pun around 10.30 dah bye bye.  Maybe penat terkumpul dari hari abah demam tu..turun naik LRT, jalan kaki nak ke LRT buat ammi jadi penat sangat sangat sangat.

Bangun Subuh pagi 31.8.2016 hari macam hujan.  Kesiannya peserta yang terlibat untuk perbarisan.  Lepas Subuh ammi sambung lagi tidur.  Hooiiii berapa lama mau tido da??

Bangun tido dah lapar sangat...siap-siapkan anak-anak.  Harini birthday girl nak breakfast kat Old Town je.  Depan rumah je pun.

Kyra tanya Khilfi
Kakak:  Abang, harini hari apa?
Abang:  Harini Hari Merdeka
Kakak:  Bukannnnn...hari ni hari apa?
Abang:  Hari Rabu
Kakak:  Bukanlah abang...harini birthday siapa? (dah tinggi dah nada kakak)
Abang:  Manalah abang tau.

Hahahhahahha...


Birthday teringin nak makan nasi lemak.
Kejadian sangat jarang berlaku sebab ammi tak berapa suka nasi lemak.  Kalau ada ammi makan...kalau takde jarang sangat ammi nak beli or cari.

Berbunga hati ammi sebab abah dah sihat..abah dah ada selera makan.  Jangan sakit camtu lagi sayang :(

Hero kecik ammi minum hot chocolate.  Habis secawan tu..siap abah campur dengan air suam yang lain sebab macam pekat sangat air dia.  Sembelit pulak budak ni karang.

Sebab breakfast pun dah pukul 10 lebih.  Jadi budak-budak ni pun sampai ke tengah hari tak lapar.

Ammi balik je dari breakfast, makan ubat...jemur kain laju-laju pastu baring.  Berdenyut pulak kepala ni tetiba.  Sinus oh sinus.

Petang kitorang pegi Shah Alam untuk lunch cum dinner.  Rajinnya anak ammi ambik gambar candid.  Pandai dah kakak ye.

Ozil ni kita kasi dia tengok ABC.  Kalau tak tu dia sibuk nak berlari.

Makanlah sampai kenyang.


Haha...camni pun boleh.  Thanks boss!

Thank you everyone for the warm wishes..dekat whatsapp, sms, facebook, call.  Thank you for the thought.

No comments: