Khilfi suatu masa dahulu

Tajuk ammi harini macam kisah zaman kanak-kanak pulak.

Tahun ni abang last sekolah dekat Little Caliphs.  Next year no more class main-main.  

So, disebabkan nak convo tak lama lagi, teacher minta ammi emailkan gambar-gambar abang dari abang baby.  

Alahaiii..cutenya budak ni masa baby.

Sila jangan muntah ye readers.  Memang semua mak akan kata anak dia cute.  Lantak korang le nak kata "ehhh..cute ke?"


Ni masa abang umur berapa pun ammi tak ingat.


Yang ni masa dalam pantang lagi sebenarnya.  Senyuman mat romeo sangat ni.

Gambar ni masa abang setahun lebih.  Papa abang Adli yang snapkan gambar ni.  Kita tumpang hari keluarga ofis maklang kat Kompleks Perahu Layar, Melaka.

Ni gambar favourite abah.

Ni masa abang nearly 2 years.  Dalam bus kat Jakarta.  Huuuuii..kembang sangat hidung tu abang.

Masa ammi ambil gambar ni ammi sebenarnya dah stopkan abang dari makan papadam ni.  Macam dah habis sebalang je abang makan.  Tapi bila abang datang pujuk ammi dengan muka macam ni...agak-agak abang ammi bagi ke tidak abang sambung makan?

Ni masa abang sebelum 2 tahun.  Ni dekat Bandung kalau tak silap.


Ni gambar raya tahun 2013.  Abang 3 tahun.

Ni gambar kat rumah Mama Abang Ryan. You were caught menjilat mayonis.  Sampai sekarang tak hilang lagi perangai colek-colek mayonis.


Ni masa abang 4 tahun.  Ammi tengah pantangkan adik Ozil.  Macam gegirl sangat muka abang.


Dalam banyak-banyak gambar...ni yang paling gonjeng sekali.  Buruk nau pakai sluar tinggi camtu.


And ni gambar abang masa 6 years old.  Gambar dengan budak perempuan yang abang suka, Raudhah.

Ammi emel je kat teacher semua gambar-gambar kat atas tu.  Pandai-pandailah teacher pilih mana yang teacher suka untuk slide.

No comments: