Sotong Masak Ikut Suka

Jumaat lepas (7/10/2016) kita balik Seremban.  Dah lama tak balik...since Raya Haji haritu.

Ammi ni biasanya kalau balik je Seremban...automatic mata nak tido.  Nampak sangat ngada-ngada bila balik rumah Muma.

Pagi Sabtu tu before Abah naik KL balik sebab Abah ada work...abah gi pasar dulu.  Abah tanya kakak abang nak makan apa...korang berdua nak SOTONG.  Pastu abah tanya ammi nak makan apa...ammi jawab lelaju nak KETAM.  Jadinya lauk kita hari Sabtu tu adalah sotong dan ketam.  Ketam nipah tu Muma masak lomak je.  Malas nak pikir banyak.

Sotong tu Muma kata Muma nak masak ikut suka je.  Masak ikut suka tu yang sedap biasanya.  Jadi ammi pun cecepat amik gambar..kalau-kalau jadi sedap bolehlah tiru resipi ni nanti.



Sotong tu digaram kunyitkan sikit pastu goreng manja.  Supaya bila masak air dia tak membanjir dalam kuali mama kata.  Gigih Muma kelar-kelar sotong tu gitu.  Kalau ammi hmmmmmmm.



Dalam kuali yang sama...takyah nak gedik-gedik basuh kuali bagai.  Kita tumis je bahan hirisan.

Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Serai
Cili Kering 

Tapi sebelum tu siapkan dia punya paste dulu.  Mama letak

curry powder dalam 2 sudu besar
sos tiram 4 sudu besar
kicap 2 sudu besar
sos cili 2 sudu besar
sos tomato 1/4 sudu besar je.

Agak-agak tumisan bawang tu dah wangi..curahkan paste yang dah dibancuh tadi. Kecikkan sikit api supaya tak berkerak hangit kat bawah tu.

Tambahkan air sikit.  Biar cam menggelegak pastu masuk je sotong yang dah digoreng tadi.  Takyah tambah garam bagai sebab semua sos-sos tu kan ada ada rasa.  Tapi kalau ko memang makcik kuat garam...silakanlah.

Kacau rata pastu...dah boleh makan.  Jangan tengok je.

Masa lunch tu Khilfi makan bertambah-tambah.  Beriya-iya dia sudu kuah ni.  Maknanya dia suka.  Yeayyy..nasib baik ammi gigih curi resipi.


Petang sikit...marilah kita buat brownies pulak.  Oven ni macam mintak dihukum buang pulak.  Pembakaran tak rata.  Sebelah dalam tu macam dah hangit.  Tapi Kyra kata..."takpe ammi...jadi ke tak kakak tetap makan".  Ha yelah...sebab coklatkan kakak cakap macam tu.  Cuba kalau yang tak jadi tu sayur goreng.  Konfem kakak tak makan.

No comments: