Tahniah Adik & Fie

Sabtu 1/10/2016 adalah hari yang ditunggu-tunggu.  Not only for Adik, Fie & anak-anaknya..but also to all of us.

Harini ada majlis tamat latihan Adik & Fie.  Berakhirlah sakit perit jerih berpisah dengan anak-anak for 9 months.  Hanya mereka je yang tahu macam mana rasa rindu...tapi Alhamdulillah.  Selesai sudah.

Next year Aimi & Adli dah boleh duduk sekolah dengan Mama Papa semula.

Tapi nanti mesti kesian dekat Abuya & Umi kat kampung.  Dorang mesti rindukan budak-budak ni especially si Dadek yang banyak akal sangat tu.

Kyra & Khilfi pun excited jugak.  Dorang bukan tau pun sebenarnya apa tujuan majlis tamat latihan ni.  Yang dorang excited sebab nak jumpa Aimi dengan Adli.

Ni lepas dah tamat acara...sekarang acara makan-makan.  Kita tak makan pun sebab macam baru je sarapan.


Akhirnya...berjaya gak ammi jadi putih dari Mama.  Huhuhuhu..
Terbakar gila muka ko dik.

Kitorang ni actually classmate masa primary school.  Ammi dengan Mama pernah satu sekolah sampai darjah 3 kalau tak silap pastu Mama pindah sekolah lain.  Tapi...kita jumpa balik tahun 2002 kot dekat JB sebab kononnya nak tumpang tido rumah Mama kat sana.

Ammi ikut Abah gi kerja kat JB...tapi masa tu ammi dengan abah tak kahwin lagi.  So, Abah kata nanti ammi tumpang tido dekat rumah Adik Abah.  Masuk je pintu rumah tu ammi dengan mama macam ... ehhhhhh..."saya macam kenal awaklah".  Hahahhaha..keciknya doniaaa.

Dan akhirnya...mama pun jadilah adik ipar ammi.

With abah.

Dengan family kita..

Dengan family MakLang...tapi Makcik tersesat kat bawah tu.  Eh...Mandak Sheila pun adalah tersesat kat belakang hohoho.

Penyatuan semula Papa, Mama & anak-anak.  Yeayyyyy.


Paneh berdonting ting ting




Berkerut memanjang muka dia ni.

Lepas habis acara...kita laju-laju gi rumah Mak Ngah kat Wardieburn pulak.  Dalam kereta Kyra cakap..."tadi kita jumpa Polis, sekarang kita jumpa Askar pulak".  Nasib baik dalam family kita takde Abang Bomba I Love You.  Huhuhu.

Tahniah Inspektor Noraini & Inspektor Shafie.

No comments: