Zoo Melaka

Lamanya ammi tak update blog.  Malas sungguh rasanya lately.

Ni cerita masa kita cuti-cuti kat Melaka during school holidays haritu.  Kampung kat Melaka...cuti pun kat Melaka.  Macam kecik sangat Malaysia ni takde tempat lain nak pergi.  Tapi sila bersyukur ye anak-anak dengan rezeki yang ada.  Jangan komplen.

Lepas check out dari hotel hari Khamis tu kita pergi Zoo Melaka.  Dah lama sebenarnya ammi nak pergi.  Ammi ye yang nak pergi...bukan anak-anak.  Ammi memang gemar sangat pergi tempat yang kita boleh belajar and at the end of our tour ammi nampak anak-anak seronok walaupun penat jugak kakak dengan abang berjalan.

Harga tiket untuk dewasa RM17.80 seorang and kanak-kanak dari 4-12 tahun RM7.10 seorang.


Ni tengah pitstop makan ice cream ngan keropok sebab adoiii.. menitik-nitik peluh abah ammi.

Dah besar sangat anak dara ammi ni lah hai.

 






Abang tengah excited cerita...macam ammi tak nampak je apa yang dia nampak.  Tapi layankan ajelah.


A'ah...yelah.  Life begins at forty three lah sangat.

Si tembam dan si halus.


Kat sini orang yang paling adalah Ozil.  Dia sibuk sebut shiraf shiraf.  Ok ok...its giraffe sayang.




Gambar adalah tonggang tebalik sebab malas nak susun ikut kronologi.

On our way back to KL... ammi buat pop quiz untuk anak-anak.  Ammi sebut huruf and they have to tell me the name of animal which can be found in zoo.

Sampai kat huruf G...kebetulan turn abang.  He said GREATER KUDU.  Abah and Ammi was like..eh ada ke nama binatang ni?  Dia beriya-iya kata ada and ammi pun laju-laju bukak gambar ni.  Kebetulan ammi ada snap gambar.


Eh betullah ada nama binatang ni.  Greater Kudu.

Good job kiddos.

See memang sesuatu yang tak sia-sia kalau spend a little bit bawak anak-anak to places where they can learn something.

1 comment:

pHat sUe said...

Lama tak blog hoppin kita pun.

Dah nak sama tinggi kakak dgn ammi 🙊