Khilfi's Convo

26 November 2016, Dewan Institut Sosial Malaysia.

Ini tahun terakhir abang bersekolah tadika.  Lepas ni dah takde dah sekolah nyanyi-nyanyi, makan, santai semua.  Dah takde lagi majlis convo tadika untuk anak ammi.  Nak tunggu Ozil lambat lagi dan mungkin juga kita beralih ke tadika yang lain.

Abang sekolah dekat Little Caliphs dari tahun 2014.  You were 4 back then.  I am so impressed with your achievement.  Abang dah boleh recite ayatul qursi dalam masa 4 bulan dari abang mula-mula masuk LC.  Ammi ada simpan video abang tu dekat youtube.  Kadang-kadang kalau ammi bosan ammi tengok balik video tu ulang-ulang.  Ya Allah....comelnya abang masa tu baca qursi sambil bergulung-gulung lidah.

Time flies so fast and now abang dah complete your 3 years kindy session.  Besar dah anak bujang ammi ni.

Dekat entrance dewan ISM.  So far I would say this is the best venue.  Or maybe sebab convo kalini dia tak mix with 4 & 5 years students.

On our way to ISM.  Ozil kita tinggalkan kat rumah Ibu.  Kalau bawak dia nanti bukanlah tak boleh...tapi nanti ammi payahlah nak focus pada abang punya performance.  Its your day abang.

Ni show yang pertama.  Masa ni cutelah budak-budak ni.  Siap bertekak kat atas pentas sebab dorang terlupa nak buat apa.  They actually have to berselawat.  Tapi tersilap.

"Eh...awak salahlah.  Bukan baca ni..baca tu."  Pastu yang sorang lagi pulak cakap "bukan bukan".  Teacher kat bawah puaslah tepuk tangan bagi hint nak buat apa tapi dorang jadi blur plak.  Last-last teacher naik atas peluk dorang baru dorang dapat.

Yang ini performance nombor berapa ntah...ammi dah lupa.  Persembahan lagu "KUDA PERANG".  Abang dapat tugasan untuk laungkan azan.  Kuat suara abang masa laungkan azan...without mic.  Sebak ammi.  He perform all out for this lagu sebab ammi rasa abang suka lagu ni.

Video semua ammi dah upload kat youtube...nanti kita tengok sesama.

Yang ni pulak show ketiga kelas abang.  Pemuda Al-Kahfi.

Tengah berbaris untuk terima "ijazah".  Belakang ni teacher Mazni.

 Ammi and the gedik kakak.



Ini teacher kelas abang this year.  Teacher Balqis.

Ammi suruh abang ambik gambar dengan teacher dia taknak.  Dia malu sangat.  Jadi adik Najhmil...ammi pinjamlah gambar awak dengan teacher ye.

To all LC Sungai Besi teachers especially
Teacher Nor (4 years), Teacher Malissa (5 years) and Teacher Balqis (6 years).

Thank you for all the lessons you have given to my son.  Your patience, guidance, effort adalah amat-amat saya hargai.  Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa guru-guru ini.  Semoga Allah memberkati kalian.

No comments: