Potong rambut

Cuti sekolah ni Kyra & Khilfi duduk dekat Seremban.  This year both of them dah ada basikal kat Seremban ... lagilah macam disuruh-suruh je abah dengan ammi balik KL cecepat.

Sebelum ditinggalkan baiklah ammi gunting dulu rambut kakak.  Kalau tak memang tak berikatlah rambut tu.  Selagi Muma tak panggil ikat rambut tu nanti mengerbang jelah nanti.  Kalau kat rumah pun selalu macam tu.  Biasanya cakap...kalau dah basuh rambut...rambut dah kering je ikat.  Jangan lepas2kan rambut.  Ammi tak gomar orang lepas2 rambut...pastu bila nak makan terkuis-kuis.  Hishhhhh.

Tengah tunggu turn.  Ramai pulak orang datang setting rambut.  Ada wedding dinner gamaknya. Excited si gendang gendut ammi tengok orang tu spray-spray rambut.

Selipar yang Kyra pakai tu ammi yang punya!!!

Sebab bosan...marilah amik gambar kaki.

Yeayyy...sampai dah turn kakak.  Kita tarah kasi pendek terus.
Perempuan ni taknak dengar cakap ammi tau.  Ammi kata suruh potong pendek..dia kata tak cantiklah hapalah.  Hellooooo...ini rambut anak saya yang punya.  Suka hati sayalah nak kasi pendek ke tak.  Sila jangan argue dengan saya!

Haaaa...kan dah comel tu.  Kemas je.  Tak cantik ke camni?
Pandai je perempuan tu tak kasi potong pendek tau...nak suruh datang kedai dia banyak kali la tu.  Hahhaha..

No comments: