1st day of school for 2017

School holidays dah tamat.  Back to school kids.

This year kakak darjah 3... and abang pulak darjah 1.

His standard 1 orientation buat on 30.12.2016 (Jumaat).  Jadi ammi cuti panjang huhuhu.

Pagi jumaat tu agak senanglah nak kejut dia.  First day katanya.  Excited lebih.


Beg lagi besar dari tuan.

Pegi sekolah jalan kaki je.  Sebab sekolah sebelah rumah and ada satu gate yang dibuat untuk menghubungkan sekolah dengan kawasan rumah.  Senang!

Tetiba...adalah orang kata gate tu tak bukak pulak harini.  Yelah official school belum bukak lagi so sebab tulah kot gate tu pun tak buka.  Makanya lets selfie sementara abah gi ambik kereta.


Lepas abang dah naik kelas...abah dengan ammi kena dengar taklimat, ambil buku teks and pastu wefiee..

Masa budak-budak dibawa naik ke kelas, parent tak dibenarkan ikut.  Yelah...kalau ikut pun buat apa? Menyemak je kat dalam kelas.  Lets the teacher and pupils mingle around.

Dah pukul 11 lebih...budak lain kebanyakkannya dah turun.  Ada jugak parents yang naik jemput anak kat atas.  Anak abah ammi ni tak muncul-muncul.  Tak boleh jadi....ammi pun naiklah atas.

Rupa-rupanya dia takmo turun.  Dia nak belajar.

Dah jom balik...abah nak gi solat jumaat.  Minggu depan je belajar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Day 1 masuk sekolah, hari Selasa 3.1.2017.  Abah takde.

Abah balik Melaka sebab nak hantar Atok untuk buat check up.

Pagi-pagi ammi setelkan semua...masa nak keluar rumah tu alamak....hujanlah pulak.  Makanya keluarkanlah payung besar gedabak dan berjalanlah kami bertiga-tiga dari kiri cepat jalan ke sekolah.

Waktu rehat, ammi bagi je duit kat abang.  Suruh abang beratur and beli makanan.  Ammi monitor dari tepi.  

And lulus!!

Yang tak lulusnya ialah...dia sibuk nak beli sausage instead of makanan berat yang lain.  Dahlah budak ni bukan jenis yang suka sarapan early in the morning...pastu during recess pun nak beli makanan camni.  Hishhhh.

Gambar masa kakak rehat takde pulak.  Rasa haritu ada snap...mana pegi ntah.

Habis rehat ammi balik jap...lari sebab nak o-oit.  Nak o-oit kat sekolah tu macam tak selesa je.  Kul 12.30 ammi turun jalan slow-slow gi skolah.

Dah cakap...tunggu dekat canteen.

Ha begitu dia jalan....jalan biasa ke catwalk ke ammi pun taktau.

Boys will always be boys...kalau tak lari, lompat memang tak sah.

Sessi penyatuan semula kakak adik after school.  Poyo sangat muka abang.  Dia kata penatlah ambil gambar.  Ek eh...berdiri je pun penat?

Tak sporting tau abang ni.  Ammi nak capture abang's first moments at school je pun.

Ammi tak masak...jom kita makan kat warung depan rumah je.

Jap lagi kakak nak pegi KAFA pulak.

This year kakak berjaya masuk sekolah KAFA kerajaan.  Last year hantar gi private school sebab takde kekosongan...tapi ammi tak puas hati dengan skolah tu.  Banyak sangat kekurangannya tapi bersyukurlah jugak sekurang-kurangnya adalah juga tempat anak ammi belajar.

Dalam kelas kakak ni...kebanyakkannya new student.  Ammi suruh kakak duduk depan dia taknak.  Ehhhhh nak duduk dengan lelaki pulak.

Takpelah ... mana-mana pun janji anak ammi selesa.

Ok.... dah setel hantar kakak...jomlah kita balik dan tido.

Semoga anak-anak ammi belajar bersungguh-sungguh, rajin buat homework, dengar cakap cikgu dan jadi anak-anak yang soleh dan solehah.

No comments: