From Ammi's little kitchen

Ammi biasanya masak full course hari cuti Sabtu Ahad je.  Itupun kalau tak gedik keluar berjalan atau balik kampung atau sengaja menggedik malas masak.

Jadinya lauk yang ammi masak biasanya atas apa yang Abah beli kat pasar or awal-awal ammi akan tanya anak-anak nak makan apa.  Biasanya ikut selera anak-anak sebab selera Abah ammi dah tau sangat.

Ni antara lauk-lauk yang ammi masak.  Sedap tak sedap belakang kira...yang penting kita kenyang.

 Kari ikan merah, lala masak cili, bayam goreng, telur masin and ulam apa ntah.  Yang ni bila ammi masak ntah..dah lupa.


Ni sarapan pagi 15.1.2017.  Tarikh ni genap pemergian arwah mak mertua yang ke 36 tahun.  Dan harini jugak hari lahir mak mertua tiri.  Pandai sungguh abah mertua pilih pasangan..huhuhu.

Sarapan ammi masak pulut kuning dengan sambal bilis.  Ni permintaan Khilfi.  Selalu sangat request pulut.  Berdebar-debar tau ammi nak masak.  Google resepi tengah-tengah malam.  Nak merendam pulut pun siap google lagi.

Since, ammi tau kakak tak makan pulut, ammi masakkan untuk dia macaroni goreng.

Tengah hari ammi masak ayam kam heong (tapi jadi macam ayam berempah pulak), pedal goreng pedas, kangkung goreng, simple chicken stew, ulam.  Abang still sambung makan pulut for lunch.

 Yang ni resepi masa AJL.  Disebabkan abah tak berapa nak ada kat rumah...jadi ammi masak yang simple aje.  Nasi goreng kampung, ayam goreng, balance sambal ikan bilis bila ntah dengan brokoli rebus.

Yang ni pun tak tau lauk bila.
Homemade KFC, pedal belado dengan sup sawi pecah tolo.

No comments: