Ozil the basket boy

Dari kecik Ozil memang suka sangat dengan bakul.  Tak kisahlah apa-apa bakul baju, bakul susu, tudung saji pun jadi jugak.

Mungkin sebab discharge je dari hospital, on the way balik dari hospital Cheras tu ke Seremban, Ammi letak Ozil dalam bakul kot.  Ammi czer, jadi agak sakit gaklah kalau kendong lama-lama.  Ozil pun walaupun lahir masa ngam-ngam 36 minggu, berat tetap 3.4kg.  Agak-agak kalau ammi tunggu sampai 40 minggu berapa agaknya berat budak ni.

Ni kat rumah Muma.  Orang lain main basikal.  Dia pun ada basikal jugak tapi bakul tetap dihati.

Kalau kat rumah...tudung saji memang sentiasa jadi mangsa.  Tu baru bangun tido...terus cari tudung saji.

Merajuk sebab ammi suruh simpan

Ammi tengah lipat kain..dia tarik bakul laundry tu.  Dia masuk keluar dari bakul tu.

Inilah permainan Ozil...sib baik dia belum tau ammi parking kat mana bakul basuh sayur semua tu.  Kalau tak ammi rasa bakul tu pun dia main gak.

Dah masuk dalam tu...dia siap "Ammi nenok Alip"..."Ammi nenok Alip".  Yelah...ammi tengok Khalif lah ni.


Jadinya kalau anak ammi ni pergi rumah korang and korang takde apa nak bagi dia main...bagi je dia BAKUL.  Mesti dia happy.

Ada gambar yang dia minum susu dalam tudung saji...mana ntah tak jumpa.  Tau masa kecik dulu takyah susah-susah letak dia atas bouncer bagai.  Masukkan je dalam tudung saji camni...boleh rock & bounce jugak.

No comments: