Sleep on the Go

Dulukan...masa kakak dengan abang kecik, ammi selalu je cakap dengan abah.  "Kenapa anak kita tak pernah tido masa kita dukung?"

Sebabnya...setiap kali dukung dari atas katil nak bawak gi rumah babysitter, mesti kakak dengan abang terbangun.  Masa kakak dengan abang baby, babysitter tu dekat floor yang sama dengan rumah kita.  Itu pun kakak dengan abang boleh terjaga.  Ammi jeles je dengan anak-anak orang lain dalam lif.  Anak dorang elok je tido kat bahu mak atau ayah dorang.

Mungkin Allah dah makbulkan doa ammi.

Untuk anak yang ketiga ni...dia jenis sleep on the go.  Dari tingkat 8 nak ke rumah Ibu kat tingkat 1 dia sempoi je tido kat bahu.  Alolololo...cute banget.

Masalahnya bukan boleh sambung tido kat bahu je.  Dia boleh tido kat mana-mana pun.

Tengah-tengah membebel sambil tunjuk kat ammi...bird, car, green, red...tetiba senyap je.

Atas carpet tanpa bantal pun boleh.

 Atas simen pun boleh.  Ingatkan dia dok main kereta kuning tu...rupa-rupanya dia parking kereta tu pastu dia pun cari parking sedap nak tido.  Sejuk agaknya atas simen tu.

Ni yang paling win.  Dia kan memang suka main dalam bakul dan kotak.   Dalam kotak kasut ammi pun jadilah dia nak tido.

Ozil oh Ozil

No comments: