Tetiba rindu

Kadang-kadang tu bila kita mencari sesuatu...masa tulah macam-macam perkara muncul.

Tujuan utama buka file untuk cari surat yang lain...tapi lain benda pulak ammi jumpa.

Ni slip untuk exam ammi.  Tahun 2006.  Dah 10 tahun lebih slip ni terperap kat dalam file ni.

Tetiba rasa rindu pulak zaman-zaman belajar.  Walaupun belajar dalam kepayahan.  Balik kerja pukul 5.30 petang...tergesa-gesa gi kelas dari ofis dekat Damansara Kim ke Shah Alam.  Mujur ada Aunty Seha yang selalu je hantar ammi gi kelas sebab rumah Aunty Seha dekat Klang.  Terima kasih sangat-sangat.  Hanya Allah saja yang boleh membalas jasa Aunty Seha.

Bila tengok slip ni jadi macam nak belajar semula pulak.  Tapi sekarang ni...bukan academic book je yang buat ammi mengantuk...novel cinta senyum sampai ke telinga pun boleh buat ammi ngantuk jugak.  Acaner tu??

No comments: