:: Throwback :: Kyra's 8th birthday

21.12.2016 - genap umur Kyra Saffiya 8 tahun.

Cepat sungguh masa berlalu...rasa macam baru je jemur-jemur budak kecik ni kat matahari pagi sebab jaundice...tau tau sekarang dah besar.



Gambar ni masa umur kakak setahun lebih rasanya.  Gedik-gedik dia time dia.  Suka gelak besar, suka jerit nyaring, suka bebel ntah apa-apa, suka menari.

This year memandangkan kakak kat rumah Muma...so kita celebrate lambat birthday kakak.  Tapi on kakak's birthday itself Mama dengan Baba ada bawak kakak gi makan-makan.  Gambar ilek.

Thank you Mama & Baba.

Kita sambut birthday kakak 24.12.2016 dekat rumah Maklang.  Kononnya nak sambut besday Abang Adib sekali..tapi abang Adib tak balik sebab ada assignment.

Beli kek simple-simple je.  Puas tau nak surprise kan dia.  MakNgah tolong gorengkan mee sedap.

Sebelum kejadian potong-potong kek ni...kyra and her cousins + Mandak Umi main snap kat dalam rumah and dijadikan cerita Kyra kalah.  Dah kalah...nangislah pulak.

Pastu orang yang kat belakang dah get ready nak potong kek...panggillah dia.  Dia sampai je orang terus nyanyi happy birthday untuk dia and dia tengok surprise terus dia menangis lagi kuat.  Hahhahahah...

 Tak kesahlah muka kakak masam camna pun..anak ammi tetap comel.


Cubaan maklang untuk enterframe.


Kyra, walaupun kita tak celebrate beriya-iya bagai nak rak itu bukan maknanya abah ammi tak sayang dekat kakak.  We really love you kakak.  Ammi sampai harini tak boleh dengar lagu Ungu - Tercipta Untukku.  Kalau dengar je automatik ammi mesti teringat kat kakak...ammi jadi sebak.  Yes...kakak tercipta untuk membahagiakan abah ammi.

Kebetulan birthday Muma pulak falls on 24.12...hari yang kitorang kat Melaka.  So kita balik Seremban hari Isnin tu baru bawak Muma gi makan.

Ammi tanya Muma nak makan kat mana...kita ikut selera birthday girl tapi Muma gi tanya kat cucu-cucu dia pulak.  Jadinya ke KFC je kita.

Orang lain semua sibuk makan...Ozil dah tak tentu arah kat playground tu.  Lantak le kamu kat situ.

No comments: