Ammi's homemade popia

Masa balik Seremban haritu, Muma gorengkan popia yang Muma buat sendiri.  Sedap bangetttttt...lembut je isinya.

So mintaklah resepi dari Muma, at least bolehlah dijadikan bahan untuk bekalan anak-anak gi sekolah.

Bahan-Bahan:
1 labu bawang holland (didadu kecik)
1 labu bawang size kecik (*)
3 ulas bawang putih (*)
1cm halia (*)
2 biji cili api (*)
Daun ketumbar (akarnya dikikis dan dibasuh)
5-6 biji ubi kentang size sederhana (direbus dan dilecek)
Daging kisar (in my case i use daging burger 6 keping - dicerai-ceraikan)
Sayur-sayur
1 pack kulit popia (40pcs) size besar
Perasa:  Serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam, sos tiram, cube ayam.

Cara-cara:
1)  Tumbuk kasar bahan-bahan yang ditanda (*).
2) Tumis bahan tumbuk, bawang dadu dan akar daun ketumbar sampai wangi.  
3) Masukkan daging kisar sekali dengan daun ketumbar, carrot ke, kacang peas ke.
4)  Masak bebetul sebab nanti daging tu keluar air/minyak bagai.
5)  Perasakan dengan sos tiram dan cube ayam 
6)  Dah agak kering daging, masukkan ubi lecek, gaul rata.
7)  Kalau rasa semua dah ok...bolehlah disejukkan.
8)  Dah sejuk tu...bolehlah disudukan atas kepingan kulit popia dan gulung cecantik.  Nak bagi hujungnya melekat (ambik tepung jagung campur air sikit je...pastu bolehlah jadikan macam agen pelekat..ecewahhh)

Tumbuk kasar je.

 Ubi kentang yang direbus dan dilecek

Kepingan daging burger.  Haritu cari daging kisar takde.  Yang ada ayam kisar.  Ayam tak beshlah...agak kurang kick sikit rasanya.


Cerai-ceraikan isi daging burger tu tadi pastu parutlah carrot (Carrot ni Kyra yang parut)


Daun ketumbar (Kyra yang hiris).

 Yang dah siap digulung dan difrozenkan.  Not badlah anak ammi buat.  Walaupun ada yang jadi bantal kepala instead of bantal peluk.


So, inilah breakfast kami sekeluarga for FT day.  Masing-masing bangun dekat pukul 10...jadi yang instant aja udah dong.

Serious sedap...silalah cuba.

Ammi buat haritu dapatlah 40 bijik popia yang isi dia lumayan.  Mama kata penah cuba guna kulit popia yang kecik...tapi nanti bila goreng dia terbukak sebab nipis agaknya.

No comments: