No matter what

Haritu ammi tengah sibuk nak isi borang pastu abang dengan kakak ni sibuk je bagi ammi segala info.  Ishhhh macamlah ammi ni taktau.

Pastu masa tu perasan...ya ampun.  Besarnya tangan anak dara ni.


Ni antara tangan ammi dengan abang.  Masa ni umur abang kira 7 tahunlah sebab dah masuk darjah 1.



Yang ni tangan kakak.  Umur kakak masa ni kira 9 tahun sebab dah darjah 3.  Tapi hakikatnya umur kakak yang sebenar baru 8 tahun 1 bulan.  Size adalah sama.  Cincin ammi tu memang kakak dah tak boleh pakai.  

Bakal suami anak ammi nanti silalah kumpul duit lobih sikit nak boli omeh.  Bosa size bosa hargo eh.

Tak kiralah kakak besar abang kecik...ammi sayang anak-anak ammi.

** Last Sunday (29.1.2017) masa on the way balik dari Melaka ke Seremban, kakak kata kenapa tak panggil dia dengan panggilan lain.  Bila tanya dia nak abah ammi panggil apa...dia kata panggillah dia Along.  Huhuhu.  Pastu abang pun nak tukar panggilan jugak.

So, sekarang ni abah ammi tengan practise panggil kakak abang, Ayong ngan Angah.

No comments: