Santapan weekend

As usual...weekend adalah hari memasak untuk kesayangans.

Masak yang simple pun takpe...janji makan sama-sama and kenyang sama-sama.  Lepas makan kita tidur sama-sama.

Ikan cencaru bakar, sup ayam simple, pak choy goreng and ulam kacang botol.  Khilfi yang request...dia sibuk suruh abah belikan sayur yg mcm star bila potong katanya.

Ikan bakar tu macam sedap jugaklah ammi buat kalini.  Ammi blend cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, garam, halia, serai pastu tepek-tepek je atas dan dalam ikan.  Letak atas magic pan...tadaaaa.

Sayur digoreng oleh Kyra.. Kakak dah tau step nak goreng sayur...starts from tumbuk bawang semua.  Sukatan tu je kena ajar and monitor.   Good job kakak.


Ni sarapan hari Ahad.  Nasi goreng simple and ayam goreng.  Sarapan pukul 11 pagi...pastu lunch korang rasa pukul berapa?

No comments: