Ammi's homemade Shell Out

Sunday 2 minggu lepas (12.03.2017) hari jadi kakak Alya sebenarnya.  Kitorang tak balik Seremban.  Jadi kita acah-acah celebrate kat KL jelah.  Ammi masak Shell Out.  Pukul 10 pagi baru decide nak masak...jadi laju-lajulah abah gi pasar cari bahan.

Beli semua sikit-sikit je.  First time buat katanya.  Jadi takutlah jugak kalau-kalau tak jadi.  Tak Muma selalu pesan kat ammi.  "Masak je...kita yang buat dia.  Letak je apa ko nak letak".  Jadi ammi masak ikut suka plus ammi tengok idea dekat Blog Azlitamasammanis.

Seafood yang ammi guna haritu

  • Sotong (5 ekor je)
  • Udang (size sederhana)
  • Ketam (3 ekor je)
  • Kepah (1 packet)

Cukuplah untuk kita makan berlima.

Sayur pulak abah beli carrot, brokoli dengan ulam..jadilah.

Ozil pun makan camni gak.  Kasi dia feeling sama.  Tapi untuk dia ammi buat yang tak pedas.  Nampak macam sikitkan.  Tapi jenuh jugak nak habiskan.  Dalam kuali ada lagi tu.

Tangan gemok kakak.  Abang paling happy sekali bila ammi masak ni.

Yang ni untuk Ozil.  Udang and sotong tu ammi cincang kasar masak dengan butter.

Lepas ni bolehlah kita buat lagi.  Yang makan semua kata sedap..kembang-kembang montot ammi.

No comments: