DRAsistas ke Kelate :: Part 1::

Lamanya ammi peram cerita ni.  Punyalah malas nak publish padahal dah draft dah pun.

****************************

Kitorang dah plan nak pegi dari bulan November 2016 rasanya.  Memula nak pegi early February...tapi fikir punya fikir kitorang end up pilih tarikh end of Feb sebab kononnnya kalau Kelantan banjir...by end of Feb tu dah reda.

Tugas booking group ticket ni Kak Zu yang buat.  Thank you kak.  Our trip to Kelantan starts from 24.2.2017 - 26.2.2017.  Tapi sebulan sebelum nak pergi tu lagi dah kecoh dah dalam whatsapp group.  Nak bawak baju berapa helai pun kecoh gak.  Huhuhuhu...itulah kami DRAsistas.

DRA tu apa?  DARA hahhaha... taklah.  DRA tu stands for De' Royal Anggerik.  Kitorang berkenalan dah hampir 11 tahun.  Kitorang berkenalan sebab join satu group kat forum.  Kira group ni untuk orang-orang yang duduk kat Selangor.  Mostly yang dalam group ni orang yang duduk kat Shah Alam.  Ammi pun masa tu kira orang Shah Alam gaklah sebab ammi tengah belajar lagi kat ITM kan.  Dulu ramai lagi group ni...tapi yelah masa berubah, manusia pun berubah.  Jadi tinggalkan kami-kami ini sebagai adik beradik lain mak lain bapak tapi kami rapat.

 Ammi pergi Kelantan bawak bag sekolah abang je.  Memula ingat nak bawak backpack abah ni.  Tapi belum masuk baju macam memang dah berat je bag tu.  Tak jadilah.  Lagipun bawak baju 3-4 helai je.

Hari Jumaat tu anak-anak still sekolah macam biasa.  Petang after school baru abah bawak anak-anak balik Seremban.  Thank you Abah sebab izinkan ammi jalan-jalan, having my "me time" with my friends.


Sebelum berlepas gi isi perut dulu.  Ammi minum je sebab pagi tu Abah dah belikan ammi heavy breakfast.  Mentang-mentang sebelum pergi ammi buat kerja berat kat rumah.  Basuh baju, mop rumah bagai.


Belum masuk balai berlepas lagi dah ada dah yang mula berbelanja.  Masa pergi ni kitorang berlapan je.  Lagi dua orang Kak Yana dengan Nurul dia pergi flight awal pagi.  Kiranya masa ni dorang dah sampai Kelantan pun.

Kitorang naik flight pukul 12.05 tengah hari dan sampai sana dalam pukul 1.10.  Sampai sana ambik bag bagai...terus je tunggu kakak driver.  Woooooo besar van tu.



Kak Mas dah tersandar pening dah masa ni.

Gigih nak berwefie dengan muka sebesar talam ni.

Sorrylah akak driver...muka tak masuk dalam


Lepas singgah masjid solat jamak...kita terus je pegi ke Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu.  Semua orang order teh tarik ni.  Ammi pun terorder sama sebab memangggil-manggil sungguh buih dengan warna dia.

Ammi makan nasi + daging goreng dia.  Sedap gila weiiii...murah pulak tu.  Nasi tu dia charge RM3.50 je kot.  Daging dia letak dalam sesenduk.  Banyakkan???

Pastu kitorang gigih tapau daging goreng untuk bawak balik KL.  Sampai je kat rumah kawan ammi masuk dalam freezer lelaju.

Ni dekat Pasar Siti Khadijah.  Terjebak beli kain kat kedai ni.  Ammi beli 3 pasang je.

Budak lelaki baju hitam ni comey muka dia..huhuhu.

Masa on the way to PCB tu kitorang singgah pulak kat Ireene Batik.  Mencari-cari baju batik..kat sini ammi beli kaftan je.  Baju kurung yang ammi minat takde size.  Yang ada size color pun tak kena dengan jiwa ammi.

Dah habis memborong dekat Pasar Siti Khadijah, Ireene Batik kita ke Pantai Cahaya Bulan pulak.  Lepak-lepak jap amik angin petang.  Banyak gambar kat sini sebenarnya tapi ammi dari handphone kawan-kawan ammi.


Sebelum balik tu kita minumlah air kelapa kat kedai-kedai depan ni.  Tapi shhhhhhh nak kasi tau.  Dorang memang tekan harga kat sini.  Sebijik kelapa dia charge RM5 ko.  Harga biasa mengikut kakak kawasan cuma dalam RM3.50 je.  Jadi kalau nak makan minum kat sini bawak-bawaklah tanya harga dulu sebelum order ye supaya korang tak terkejut.

Lepas maghrib kita gerak balik ke tempat kitorang tinggal.  We named it as "Paka Go In".  Rumah kawan ammi ni kat Pulai Chondong.  Mokcik Niza dah siap-siap masak nasi dagang untuk jamu kitorang waktu malam.  Terima kasihlah sangat kat tuan rumah.

Malam semua orang pakai baju kaftan sebab semua orang beli kaftan siang tadi.  Gambar ilek sebab masing-masing dah tak kuasa nak tutup kepala.

Lepas makan and mengemas mana yang patut, kita naik atas dan bermulalah sessi borak gelak tebarai.  Ammi rasa pukul 12 lebih ammi dah babai...tapi ada je yang borak sampai pukul 2 lebih.

No comments: