DRAsistas ke Kelate :: Part 2::

Berjumpa lagi di Bahagian 2...ecewahhhhh..macam rancangan tv pulak.

Ammi bangun around 5 something sebab macam terdengar bunyi tuan rumah tengah kelentang kelentung kat dapo.  Adat menumpang...jadi marilah menolong mana yang patut.  Pagi tu kitorang sarapan alas perut dengan pulut putih gaul dengan kelapa and ikan masin, pastu ada kuih cek mek molek.  Ada gak ammi experience buat kuih cek mek molek ni.  Senang banget dehhh.  First time makan pulut cara gitu.  Oklah not bad.

Tema kitorang harini..tudung warna mustard.  Tudung je...baju ikut sukalah nak pakai warna apa.

Hari kedua ni, lepas sarapan lite-lite kat rumah kita gi makan yang heavy sikit pulak.  Kita gi sarapan kat Nasi Berlauk Air Dingin Cik Wok...ala nasi yang femes letup-letup tu.  Ok not bad.

Pastu kitorang pegi Pengkalan Kubur.  Shopping apa yang patut pastu kita shopping lagi kat Rantau Panjang.  Masa dari Pengkalan Kubur nak ke Rantau Panjang ni...Kak Niza tersalah bawak kitorang.  Kita lalu kat jalan tikus sempadan antara Thailand & Kelantan.  Patutlah setiap berapa kilometer ntah ada POS askar.  Kawasan tu pun sunyi je.  Boleh nampak dah Thailand dari tempat kitorang lalu tu.  Yang memisahkan hanya sungai yg ntahlah cetek ke dalam.  Dikatakan itulah tempat berlakunya penyeludupan barang...ada gak kes tembak menembak.  Lepas dah selamat sampai Rantau Panjang baru Kak Niza cerita.  Patutlah all the way tu dia senyap sunyi je dalam van.  Dia dah kecut perut rupanya.  Mujur Allah selamatkan kami semua.

Ni gambar masa belum nak gerak.  Rumah mokcik ni besar gila.  Bilik banyak, bilik air banyak, dapo besar... membayangkan kalau rumah ni ammi yang punya.  Camno nak kemas?? Huhuhu




Bergambar sambil menunggu enjin van panas.  Kat sini kitorang sewa van.  Dalam RM350 gak sehari.  Tapi van besarlah.  Boleh muat kita 11 orang.  Driver kita adalah tuan rumah and Kak Zu.


Comey kan amik gambar camni.  Ada satu lagi kita amik gambar kaki je tapi mana ntah.  

Kita gi solat kat Masjid Beijing.

Suka gambar ni.  Macam pelakon-pelakon drama bersiri pulak rasanya.










Dalam masjid pun sempat jugak...



Ni kat mana pun ammi tak ingat dah..peram lagi lelama cerita ni ye ammi.

Malam sepatutnya tuan rumah ni nak masak jugak...tapi kitorang kata tak payah.  Dah penat kot nak memasak bendanya lagi.  Kita makan kat luar aje udah.

Gambar hasil pemborongan lupa pulak nak snap sebab kitorang bila balik je rumah terus dah hilang tudung, seluar semua.

Lepas kemas ala kadar...kita borak-borak kat meja makan pulak sambil makan kepok lekor.  Satu team lagi borak kat dalam bilik tido..itu geng "makcik-makcik"  huhuhu.

Kesimpulannya...day 2 sangat bestttttttt.

No comments: