DRAsistas ke Kelate :: Part 3 ::

Hari last vacation adalah hari paling tak best biasanya.  Dah terbayang-bayang meja ofis, dah terbayang-bayang kerja rumah, dah terbayang-bayang baju-baju sekolah anak yang nak digosok.  Hisshhhh.  Tapi itu semuakan tanggungjawab.

Pagi last day kita buat nasi kerabu.


Antara bahan-bahan.
Gambar yang lain mana ntah.  Tulah ammi ni.  Peram lagi lelama cerita.


Kitorang gerak pagi tu gi singgah lagi kat area jual batik.  Ada kawan gigih nak membeli batik.  Maka ammi pun terbeli lagi kaftan.  Ohhhh

Singgah beli keropok bagai untuk bawak balik KL.


Pastu gi makan roti titab dekat Kopitiam Kita.  Dikatakan sangat famous kopitiam ni.  Tapi ammi tak makan roti titab ni sebab hmmmmm macam tak kena dengan tekak je makan roti pecah telo pastu ada kaya.  Jadi ammi order roti steam je.


Dah makan...kita gi Pasar Siti Khadijah lagi sekali.  Terbeli lagi kain kat sini.  Memang jangan diulang-ulang pergi kalau tempat tu best.  Memang terjebak. 

 
 Kitorang dah setel.  Tengah menunggu makcik dua orang lagi yang ditawaf satu pasar nak jadi "designer bag".  Huhuhu...ingat nak letak gambar makcik dua orang tu jalan berlenggang dengan bag ada design Paris dia tu tapi tak jumpa pulak gambar tu.




 Antara kain-kain yang ammi beli.  Snap 3 je...sebab malas nak bukak yang lain tu.




Tengah saspen nak timbang berat bag.  Masa datang elok je bag kecik.  Masa balik beranak sakan bag memasing.

Masa untuk pulang...dah ngantuk gila sebenarnya ni.  Naik je flight terus tido.

Maka sekian saja cerita DRA sistas ke Kelate.  Next gathering ntah kemana pulak.  Dorang ni jangan di ajak.  Korea, Medan semua dah sampai dah.  Ammi je baru first time jalan jauh dengan dorang.  Eh tak...ni second time.  First time masa takde anak-anak dulu...kitorang gi Cameron Highlands.

No comments: