Hari Raya 2017

Dah berjanggut ammi tak update blog.  Bersawang sangat dah ni.  Jadi marilah buat major throwback.

Kebetulan harini ammi tak keluar lunch sebab ada bawa porridge dari rumah...jadi adalah masa ammi nak update blog.

Aidil Fitri dah lama habis... Aidil Adha nak kunjung tiba.  Jadi sebelum Aidil Adha sampai baik ammi letak dulu gambar raya.

This year tema raya kita royal blue + kuning.  Motif pilih warna ni sebab Kyra nak biru atas alasan dia rumah biru kat sekolah.  Abang pun taknak kalah...nak kuning sebab dia rumah kuning.  Jadi taknak tengok memasing buat muka cekodok benyek...abah ammi pun ikutlah cadangan dorang kononnya hadiah sebab dorang puasa penuh this year.

 Ecececeh...bajet hensem pulak budak kecik ni.

 Ni cousin ammi.  Memang gaya Wak Udin sangat ni bangah.  Sesuai dengan keturunan keluarga kami.  Huhu.  Ammi takde kasut or selipar raya...pakai selipar jepun je sudah.


Baru nak amik gambar berdua...adalah yang buat photobomb kat blakang.  Sibuklah kakak ni.



Gambar raya sekeluarga ni belah petang baru ambik tau.  Pagi masing-masing macam tak bersemangat je nak ambik gambar.

 For the first time this year..abah beraya dengan samping.  Itu pun sebab ammi beli je senyap-senyap tak cakap ngan abah.  Bila dah beli gila abah taknak pakai???? Nak ammi merajuk ke hapa?

Maka inilah...kami di hari Raya 2017.

Next year ada orang request pakai HITAM.  Kita tengoklah nanti camna ye.

No comments: